Never Complete without U

Never Complete without U

NOveL

“AKU ceraikan kau dengan talak satu……”, lafaz cerai tertunai akhirnya.
Hati lelaki itu akhirnya terserap juga rasa kehilangan selepas melafazkan cerai. Terasa menyesal setelah mengungkap kata2 itu. Namun, bagi nur aini lain pula ceritanya, Matanya terasa amat berat sekali. Seperti awan yang menanggung takungan hujan yang bakal menghempas bumi. Cepat2 dia beredar . Dia baru sahaja tertalak satu oleh suaminya ashraff. Selesai berada dalam kereta Toyota cambry miliknya itu. Kereta di hidupkan dan dipecut laju2.
Bagaikan panahan petir ,menyambar hatinya. Terjunam terus mutiara laju menyusuri lurah pipinya. Hatinya begitu sakit sekali. Matanya sudah tidak dapat menyekang lagi tangisan. Pedih hatinya  tidak terperi. Deringan telefon bimbit yang memekak sudah tidak dihiraukannya. Di biarkan sahaja begitu.
Terasa seperti sesuatu yang menghempas jantungnya. Sakitnya amat sekali. Jika dia menghadapi kecelakaan sekalipun, tidak mungin bisa menandingi rasa yang mencekam hatinya kini. Setiap kali jantungnya menekan. Rembesan air mata semakin laju membasahi pipi. Simpang ke rumahnya dan bekas suaminya ashraff sudah jauh ketinggalan.
Dia terasa tidak mahu mengunjungi rumah itu lagi. Walaupun barang2 satu pun tidak dipindahi lagi. Ahhhhhh..biarkan dulu!! Yang penting aku nak cepat sampai rumah mama…” hatinya berdetik keras. Kadang2 trasa perit kadang2 hatinya bertindak keras. Namun pun begitu, nur aini merasakan dirinya harus tabah dalam mengharungi onak menimpa dirinya.
“pong pong!”, kereta nur aini sudah berada dalam halaman rumah mamanya. Rumah setingkat hasil titik peluh tuan ahmad dan puan sarimah yang akhirnya berjaya mencipta kediaman seindah itu. Puan sarimah merasakan hangat tubuh anaknya itu ketika dipeluknya. Diusap berkali2 pipi anaknya.
Seakan amat memahami. Mereka telah di maklumi tentang hal jatuhnya penceraian dalam rumah tangga anaknya yang tidak enak di dengar sejak akhir2 ini. Tuan ahmad mengiringi mereka berdua ke ruang tamu. Setelah bersalaman. Nur aini menghempaskan tubuhnya yang agak berisi itu ke sofa.
“nur…. Kenapa jalan ini kamu berdua pilih.. mama dah tak tahu nak kata apa2 lagi dah..”, puan sarimah memulakan kata.
“biarkan si nur ni rehat dulu mamanya….biarkan dia tenang2 dahulu..nanti kita sama2 bincang hal ni…”, tuan ahmad menegur isterinya. Dahinya sedikit berkerut dan turut bersimpati dengan anak tunggal kesayanganya nur aini.
“nak bincang apa lagi nya abang…. Dah smpai bercerai berai ni ha..! ashraff pun satu… bukannya pandai nak jaga hati bini… macam ni dia buat pada anak kita abang! Abang tak kesiankan anak kita ni ker…?” puan sarimah agak emosi.
“astagfirullah imah……bawa mengucap…. Sabar… bukan abang tak kesiankan nur… semua ni abang pun kurang faham.. mereka laki bini ni ha…. Masalah asal semua daripada mereka.. abang tak mahu salahkan siapa2 dalam hal ini…lagipun urusan nikah kawin, cerai berai ni bukan ketentuan kita.. semuanya ALLAH yang maha berkuasa yang menetapkan segala2nya..kita sebagai hamba dia ni kena sentiasa berfikir dan menerima dengan redha…”, panjang lebar tuan ahmad mengingatkan isterinya.
“baiklah abang.. imah minta maaf kalau teremosi… nur aini ni satu2 nya anak kita bang.. imah tak mahu apa2 perkara kurang baik macam ni berlaku pada nur ni”, balas pula puan sarimah dan mengusap2 kepala nur aini yang hanya membatu seribu bahasa.
“bawa nur aini rehat dalam bilik dulu.. malam karang… papa nak bercakap dengan kamu nur… walau macammana sekalipun, papa terpaksa campur urusan rumah tangga kamu malam ni.., kamu ni masih muda nak hadapi semua ni, papa tahu ashraff bukan sengaja memilih jalan ini..mesti ada sesuatu diantara kamu berdua ni..”, tegas  tuan ahmad menunjukkan sifat kepimpinannya.
Belum sempat nur aini mengangkat tubuhnaya. Telefon di ruang tamu itu berdering tiba2 minta di angkat. Tanda panggilan masuk.Tuan ahmad memberi isyarat untuk menjawabnya.
“assalamualaikum…”, bunyi suara garau ashraff di corong telefon.
“ha.. waalaikumussalam.. ashraff… ni papa ni”, tuan ahmad membalas laju. Nur aini tersentak sekejap. Langkahan kakinya terhenti. Arrhhhhhhh! Apa lagi yang dia nak!! Selepas hati ini di sakiti!
“papa… ashraff minta maaf tentang perkara ini… err.. boleh ashraff tahu, nur ada di sana tak sekarang papa?”, jujur kedengaran suara ashraff. 
Tuan ahmad menghembus dan menarik perlahan nafasnya. Nur aini meluru terus ke kamar beradunya, banyak kenangan yang pernah dilalui bersama ashraff di situ. Dia tidak berasa berminat untuk mendengar perbualan papanya dan ashraff.
“ia..nur ada di sini…. Kamu tidak tahu ke dia kemari??”, masih kedengaran sopan suara tuan ahmad menuturkan kata. Jiwanya sentiasa tenang dalam menghadapi suasana apa sekalipun.
“papa……”, kedengaran suara lelaki ashraff seakan sedikit sebak.
“papa….ashraff minta maaf… ashraff masih buntu memikirkan hal ini…kadang2 jiwa ashraff tak kuat papa…. Tapppiii papa.. ashraff sayangkan nurr….ashraff tidak redha dengan penceraian ini, ashraff tak percaya”, tuan ahmad hanya memasang telinga. Suara menantunya jelas kedengaran teresak-esak. Berdetik di hatinya cukup memahami perasaan menantunya yang begitu sayangkan nur aini.
“sabar ashraff.. semuanya sudah berlaku.. dan ashraff kena terima ketentuan ALLAH ini dengan redha.. tidak semestinya hal ini berakhir di sini… mungkin masih ada pertemuan antara ashraff dan nur aini… mungkin ini ujian ALLAH yang sekejap sahaja.. agar kamu laki bini ni sentiasa beringat selepas ini… kamu masih berhak keatas nur aini… nur aini baru bermula tempoh eddah nya..dan papa faham keadaan kamu, papa percayakan penerangan kamu hari itu, mungkin nur aini tidak biasa menghadapi hal ini,nanti papa akan cuba bantu sedaya yang mungkin”, tuan ahmad cukup tenang menutur kata.
Mungkin pengalaman mendewasakannya. Tambahan pula tuan ahmad bukan calang2 orangnya. Dia merupakan imam masjid sukarelawan di waktu lapang. Kerana dia perlu menguruskan syarikatnya di kuala lumpur pada waktu kerja. Dia juga sering mengikuti program2 islamiah dan bergiat aktif dalam perjuangan menegakkan agama islam.
“papa.. terima kasih kerana memahami diri ashraff….”, suaranya yang sebak mula beransur nada biasa. Terhiris juga jiwa lelakinya.
“macam ni lah ashraff…. Malam ni.. papa nak kamu datang ke umah papa ni.. kita berbincang semuanya. Kamu dan nur aini tuw baru enam bulan berumah tangga.. darah kamu berdua ni masih muda… orang cakap perlu sokongan pendapat orang luar..mungkin ada hikmah di sebalik kejadian ini.. ok, papa harap kamu dapat datang ke rumah hari ini juga..”,tuan ahmad mengarah.
“ok.. insyaallah.. malam ni ashraff sampai.. tapi, macammana dengan nur aini nanti, nak ke dia bercakap dengan ashraff… ashraff takut dia lari bila nampak wajah ashraff..”, tutur ashraff risau.
“itu kamu tidak perlu bimbang.. papa akan pastikan suasana elok sahaja. Papa janji., akan cuba selamatkan rumah tangga kamu kembali walaupun lafaz cerai sudah terlafaz… mmmm… “, tuan ahmad memberi jaminan.
“oklah papa..kalau macam tu… ashraff hanya berserah kepada ALLAH.. terima kasih papa kerana memahami hal kami.. k, assalamualaikum”, mereka menamatkan perbualan.
Nur aini termenung. Seluruh ruangan bilik itu mendapat tempat di matanya. Bantal yang menjadi alas kepala ashraff di perhatikannya. Hatinya diruntuh pilu. Kemudian, dia menghembuskan nafasnya kuat2 pula.
Mungkin peristiwa tidak enak menghiasi benaknya. Matanya terpaku pula pada bingkai gambar indah yang mempamerkan gambar persandingannya dengan ashraff. Tanpa di pinta, air matanya mengalir jua. Hatinya tiba2 terasa tekanan mendesak. Tekanan itu sekali lagi membuatkan jernihan matanya makin kuat mengalir… sambil itu, peristiwa minggu lalu menerjah pikirannya.






“ NUR….! PERCAYALAH……. “ suara ashraff bergetar. Tangan lembut isterinya itu di genggam kemas. Nur aini seakan tidak mempedulikan kata2 ashraff.
“ sudah abang.....! lepaskan nur!! Nur tak tahan menghadapi semua ni…! Abang jangan nak perbodohkan nur lagi…nur tengok dengan mata kepala  nur sendiri yang abang bersama perempuan tuw!!”, seakan dirasuk hantu. Nur begitu kasar meluahkan kata.
“ya allah.. kenapa degil sangat isteri abang ni.. sayang… bertenang sayang.. abang akan ceritakan semuanya pada nur… nur dengarlah cakap abang dulu…”, ashraff berusaha memujuk.
“sudah…!!!”, kedegilan nur aini menjadi2. Dia menuju ke kamar bilik mereka dengan tangisan teresak2. Wajah suaminya itu seperti kotor untuk ditatapi. Belum sempat ashraff mengekori, pintu kamar mereka itu di sentap kuat oleh nur aini dan di kunci dari dalam.
“ nur….. sayang.. bukak pintu ni… tak baik sayang layan abang macam ni.. dengar dulu penjelasan abang…!”, ashraff memujuk lagi smbil memgetuk2 pintu kamar.
“ sudah…!!! Abang pergi…pergi…!!!!!!, nur tak nak tengok muka abang lagi… nur benci abang!! Pergi…! Jangan ganggu nur..!! pergi!”, nur aini menjerit2.. semua bantal dan selimut di tolak ketepi. Jiwanya amat kacau.  Di luar kamar, ashraff mendongak kepalanya ke siling. Kedua2 tangannya mengcekam kepalanya. Dia sudah hampir ‘feed up’ dengan sikap isterinya yang degil dan tidak mahu mendengar katanya.
“sayang…………… buka pintu ni….”, ashraff berusaha lagi. Kedengaran bunyi barang2 jatuh bertaburan dari kamar bilik..
“sayang…! Nur! Ya allah… sayang,,, bukak pintu ni abang cakap…”, ashraff dihantui kebimbangan. Risau dengan tindakan isterinya sekiranya membahayakan diri sendiri.
“ehhhhhh…. Binatang!!!! Ko tak faham bahasa ke hah.. aku cakap ko pergi berambus!! berambus! Aku benci dengar suara kau.. ko faham tak!!!!” , nampaknya marah benar nur aini kepada ashraff sehingga tergamak menuturkan kata sekeras itu.
 Ashraff terpaku . Hilang segala suaranya. Nur aini yang di kenali amat solehah, lemah lembut dan sungguh sopan terkeluar juga kata2 itu. Tambahan pula, memanggilnya binatang? Sepanjang perhubungan mereka. Perkataan membahasakan “kau dan aku” tidak pernah terkeluar dari bibirnya dan lebih2 lagi nur aini sendiri. Tambahan pula kata2 kesat seumpama itu.
Ashraff melangkah selangkah ke belakang. Syaitan itu sentiasa mengambil peluang di saat pertengkaran manusia. Akan di cuba juga agar batu api makin  menyala2 dalam diri anak adam.
“ok..baik… kalau kau nak terus macam ni.. ok.. fine!! Tapi kau jangan menyesal nur…! Aku terkilan dengan sikap kau yang degil… ego..!! tak nak dengar penjelasan aku!! Eah nur… kalau kau terus macam ni… sampai bila pun keadaan tetap macam ni… !!”, ashraff tidak dapat menahan amarahnya jua atas kedegilan nur aini yang tidak mahu mendengar penjelasan sebenar yang menyebabkan rumah tangganya kacau.
Nur aini pula terpaku. Benarkah itu kata2 daripada bibir ashraff.. hatinya diruntuh pilu. Selama pernikahannya dengan ashraff inilah pertama kali dia mendengar suara kasar ashraff sebegitu…jiwanya semakin kacau. Hatinya tiba2 sebak. Nur aini terasa dirinya sudah tidak diperlukan lagi oleh ashraff.
Dia terduduk dan keesakan. Seawalnya, nur aini  ingin dirinya di pujuk tetapi kerana dia juga menuruti kehendak nafsu amarahnya, ini pula berlaku. Nur aini meletakkan semua kesalahan atas diri ashraff. Dia merasakan tindakannya betul sahaja di saat itu.

Ashraff akhirnya mengucap panjang. Dihampirinya pintu kamar itu sekali lagi dan cuba mengingati pesanan2 ibunya  supaya sentiasa berfikir melafazkan sesuatu kata. “ya allah! Aku telah mengguriskan hati nur aini!”
“ sayang………… maafkan abang… sayang tolonglah.. bukak pintu ni…. Abang tidak sengaja tadi…”,  nada suara ashraff mengecil jua. memujuk dan berusaha lagi.

Nur aini merenung tajam pintu kamar dari dalam. Sakit hatinya semakin bertambah. Walaupun selembut mana suara ashraff memujuk,. Hatinya semakin keras. Malahan , bencinya kepada ashraff makin meruap2. Nampaknya syaitan sudah berjaya menjiwai perasaan nur aini di kala itu.
“pergi aku cakap………!!!!!!”, bergema ruangan bilik itu dengan suara nur aini seakan membengis.. Ashraff terpaku lagi.
Akhirnya dia mengalah. Kunci kereta  Toyota vios miliknya di sambar rakus. Dia amat kecewa dengan sikap nur aini yang mendegil. Ashraff memandu selaju mungkin. Mukanya amat kelat sekali. Jiwa lelakinya tercabar juga.
Ashraff menuju ke arah selatan kuala lumpur. Dia menuju ke bukit di kawasan ampang. Berhampiran kawasan perumahan mulia jaya, ampang. Di situ suasana tenang sekali. Satu pemandangan seluruh kuala lumpur dapat di amatinya dari atas bukit itu. Kelihatan beberapa buah gerai kecil di sepanjang seberang jalan atas bukit kecil itu. Bukit ini juga turut digelar bukit cahaya. 

Kelihatan beberapa anak muda berkumpulan turut melepak di situ. Jam menunjukkan jam Sembilan malam. Waktu2 sebegini dianggap masih muda. Cahaya yang cukup indah bandaraya kuala lumpur sedikit pun tidak mampu mengubat jiwa lara ashraff yang menggila keresahan.

“hai……………. Gaduh dengan bini kew………?? Hush….”, tiba2 kedengaran suara yang amat di kenali ashraff menyapa ruangan telinganya. Linda!! Sungguh kurang ajar! Perempuan yang menjadi watak utama motif perpecahan rumah tangganya! Ashraff tersentak. Perempuan ni lagi.
“sebelum aku bertindak kasar… baik kau pergi sekarang! Pergi!” ashraff terasa terganggu.
“auww…. Kau nak apa2kan aku yer ashraff.. silakan.. aku sanggup kau buat apa sahaja pada batang tubuh aku ni……taawwww…”, linda melunakkan suaranya dan tersenyum menambahkan ke’tension’an ashraff.
“astagfirullahalazim..ya allah.. jauhkan aku daripada bala ini ya allah.. dan selamatkan lah aku daripada syaitan yang durjana! Linda… apa yang kau nak daripada aku lagi…. Hubungan kita dahulu sudah tamat..lagipun kau sudah bersuami.. kenapa kau cari aku lagi.. dan kenapa kau kacau rumah tangga aku dengan nur aini..”, ashraff merendahkan nada suaranya.
Walaupun terasa amat benci menatap wajah perempuan itu namun linda jugalah saksi yang dapat memulihkan kembali hubungananya dengan nur aini yang mula keruh.
 Tapi apalah daya, nur aini benar2 marah akan dirinya dan tidak mahu mendengar kata2 nya walau sepatah!
Dimanakah dasar kepercayaan yang dijanji2 selama ini??? Ashraff diruntuh kekecewaan yang amat!
“ aku sayangkan kau ashraff.. aku cemburu lihat kau dengan perempuan lain… sebulan lalu aku tahu tentang perkahwinan kau dengan dia…! Aku tak sanggup!”, linda meluahkan kata2.
“astagfirullah linda! Kau ni dah gila agaknya..! aku dah jadi suami milik sah nur aini.. dan kau pun sudah bersuami.. kenapa dengan kau ni linda? Apa yang mengganggu jiwa kau sehingga kau nak tengok aku merana begini. Tolonglah linda, jangan ganggu rumah tangga aku lagi.. kalau kau sayangkan aku, biarkan aku bahagia dengan isteri aku dan aku sentiasa mendoakan agar kau bahagia”, lebar pula ashraff menjelaskan hal itu agar jiwa perempuan itu pulih hatinya.
“ye ashraff aku tahu… semua salah aku.. aku yang tinggalkan kau dulu dan berkahwin dengan lelaki lain.. sedangkan aku masih memendamkan perasaan sayang dan cinta pada kau ashraff..aakku..”,
“sudah linda.. kau jangan mengenang kisah lama lagi. Semua tu sudah lama berlalu.. tidak guna juga aku mendengar kata2 haram mengenai perasaan kau pada aku ketika ini kerana kau adalah isteri orang. Linda, kenapa kau sebodoh ini dalam bertindak. Sedarlah linda. Kau sudah punyai keluarga sendiri… dan kenapa kau buat rumahtangga aku macam ni...? kau tidak seperti yang aku kenal dulu, bagilah peluang untuk aku teruskan hidup aku sendiri, cukuplah linda,jangan ganggu rumah tangga aku,”ashraff seakan merayu. Linda tersenyum sinis.
“kau ceraikan bini kau.. dan aku akan mintak cerai dengan suami aku! Dan kita kawin!”, seperti halilintar ayat itu menyapa cuping telinga ashraff.
“eh.. kau ni memang sah dah gila lah linda!! Tidak semudah itu! Mengucap linda,, haram dan berdosa atas kau meminta cerai. Aku sayangkan isteri aku.. tolong linda.. aku merayu, kau juga yang mampu menyelamatkan hubungan aku dengan nur aini. Tolong linda..”, ashraff merayu lagi.
“ auw…. Kau cakap aku gila ye? Oh.. memang aku gila.. aku gilakan kau…! Sayang.. owh.. kau sayangkan bini kau.. habis.. cinta aku? Kenapa kau tolak?” linda seakan budak2 yang pendek akalnya. Dia seakan lupa status nya yang juga isteri orang.
“astagfirullah…. Aku buntu, buntu dengan betina macam kau ni!! Kau merosakkan hubungan aku dengan bini aku.. dan kau minta aku ceraikan dia pula?? Betina jenis apa kau ni! Sudahlah, janganlah kau menagih cinta dahulu yang tidak kesampaian, kau kena tahu ini semua ketentuan ALLAH,”,
Tengkingan ashraff begitu kuat sehinggakan menarik perhatian beberapa orang anak muda yang berada di itu. Yang amat kusyuk melihat pertengkaran itu. Mungkin ashraff cukup tertekan sehingga menyebabkan dia menjadi sekeras itu!
“ahhh.. jangan kau harap aku akan selamatkan hubungan korang! Aku susah payah mengatur semua rancangannya! Kau senang2 suruh aku memulihkannya kembali..hus.. selagi kau tidak dapat  aku genggam… aku tak akan berhenti!!” jerit linda tanpa segan silu.
Mungkin terasa dirinya ditolak dan amat cemburu dengan ashraff yang asyik menyebut nur aini sebagai isteri yang di sayanginya. Linda melangkah pergi dengan hati yang panas membara.
Tidak di hiraukan jelingan anak muda yang memandang pelik kepadanya. Ashraff melepaskan tumbukan kepada angin. Melepaskan perasaan geramnya. Betina ini sudah melampau!!! Jeritnya keras di dalam hati.
Nur aini yang masih belum kering air matanya.. terbujur kaku di atas tilam katil kamarnya. Dia masih menangis tersedu2 disaat juga terkejut dengan tindakan ashraff yang betul2 pergi meninggalkannya.
Di saat deruman kereta ashraff kedengaran meluncur pergi meninggalkan halaman rumah mereka. Di saat itu juga matanya tidak berhenti menjatuhkan tangisan.
Bunyi sms masuk ke telefon bimbitnya. Perlahan2 lemah di jamah telefon itu.. nombor yang tidak dikenali mengirimkan sms.. di saat itu…seusai mentelaah kiriman, ketaran tangannya mula bertindak.
Air matanya makin laju menerjah pipi. Jantungnya berkocak amat. Gengamannya makin lemah.. telefon n70 miliknya itu akhirnya terhempas jatuh ke tilam.

‘hai pompuan,,,, aku sekarang dengan suami kau ashraff…. Hahahaha…. Nampaknya laki kau datang cari aku jugak….aku tahu dia masih sayangkan aku n aku amt syg’n dia…utk pgtahuan kau.. aku sekarang brada kt bukit mulia jaya ampang… menikmati keindahan malam berdua-duaan…sudah lama ak tidak menikmati saat berdua begini setelah dia kau rampas dari genggaman aku.. So…. Ak sarankan ko ‘letak jawatan’ la jadi bini dia…hahahhaha babai……..”





BUNYI KETUKAN pintu kamar memecah lamuan nur aini..kedengaran sayup suara mamanya meminta izin untuk masuk. Nur aini melangkah lemah. Membuka pintu dan kemudian menghala ke katilnya kembali. Puan sarimah menatapi wajah anaknya. Kesan lebam mata anaknya masih jelas kelihatan.
“nur… sudah maghrib ni.. pergilah mandi dan berwudu’, nanti kita solat sama2 dengan papa….”, nur aini menurut perintah sahaja. Dia hanya senyap seribu bahasa.
“nur….. setiap manusia kadang kala silap acunnya…. Mama minta maaf, selama mama bergelar ibu nur,, mama terlepas pandang pada nur….” Tanpa di pinta puan sarimah menutur. Suaranya tenggelam timbul.
“mama…………..”, nur aini mencapai ‘tower’ dan menghampiri mamanya.
“dah tuw.. kenapa nur bersikap begini… kenapa ini yang berlaku pada nur.. mama rasa bersalah, mama rasa mama yang silap didik nur..”, puan sarimah makin menjadi2 rasa bersalahnya.
“mama ni…. Ini semua bukan salah mama.. ini adalah masalah rumahtangga yang dah hancur antara nur dan ashraff,,, ini semua salah dia mama!’, nur aini sebak lagi.
“nur…. Kita ni tak lari dengan kesilapan, kenapa nur salah kan ashraff sedangkan semuanya belum jelas lagi, mama kecewa dengan nur, nur letak semua kesalahn pada ashraff.. tengok sekarang… apa dah jadi, mama tak ajar anak mama sedegil macam ni, papa nur pun tak ajar macam ni.. mama tak suka nur macam ni.. dah, pergi mandi.. nanti malam kita bincang… bercerai pun dah.. nilah akibatnya tak mendengar nasihat orang tua,,”, puan sarimah juga bertegas, mungkin kerana dia adalah pengetua sekolah yang mengajarnya amat bertegas.
Nur aini melangkah ke kamar mandi. Dia termakan hati dengan sergahan sinis mamanya tadi. Kenapa mama menuturkan begitu?? Mama hanya fahami ashraff kew?? Perasaan aku pula bagaimana!
Air mata kecil tumpah lagi. Dia terasa seperti dia pula yang bersalah sedangkan dia terpaksa menanggung semua penderitaan ini. Terasa sudah kelu lidah untuk berkata2. Jiwanya sudah mati!!

Selesai berjemaah, bunyi kereta masuk ke halaman. Nur aini masih bertelekung. Dia merebahkan kepalanya ke riba puan sarimah. Puan sarimah menenangkan anak kesayangannya itu. Puan sarimah mengucapkan kata2 selawat dan zikir bagi menenangkan jiwa anaknya yang kekusutan.
“ingat  tuhan nur.. ingat ALLAH…” , puan sarimah begitu bijak mendamaikan nur aini.
Tuan ahmad segera bangun dan menyusur keluar menyambut ashraff yang baru tiba. Setelah bersalaman. Mereka duduk di ruangan tamu itu. Mak limah datang membawakan dua gelas minuman.
 Semasa dalam perjalanan tadi, ashraff berhenti memenangkan dirinya di masjid dan sempat berjemaah solat maghrib. Terasa haus pula tekaknya kerana sepanjang perjalanan dia tidak berhenti beristigfar.
“papa.. ashraff terlafaz cerai talak satu….”, ashraff menutur jujur.
“baiklah.. papa faham… papa ingin menegurlah sedikit sebanyak,  kita sebagai lelaki ni kena banyak bersabar.. papa dengan mama kamu tuw… hihihi… macam2 dah lalui… orang perempuan.. ALLAH kurniakan dia kelebihan bab kesopanan dan seumpamanyalah..”  tutur tuan ahmad pula.

“tetapi soal hati dia ni kadang2 kita sebagai lelaki ni… kurang nak faham diorang. So, melalui pgalaman papalah dengan mama kamu tuw. Kita memahami sahaja dululah mereka. Kerana selalunya wanita ni ashraff… selalu menyesal setelah wat tindakan.. mereka ni golongan yang emosional sedikit… tapi dalam bab lain merekalah raja kepintaran…”, sambungnya lagi.

Ashraff mengamati kata2 mertuanya itu. Ia betul kata2 tuan ahmad itu. Selalunya wanita bertindak mengikut rasa hatinya yang cenderung kearah sesuatu perkara yang di hadapinya.
 Ashraff terangguk2 kecil. Puan sarimah muncul dengan senyuman. Dia melabuhkan duduknya disebelah suami tercinta.
“ashraff dah sampai yer, dah makan? Pukul berapa bertolak dari rumah ni?”, tutur puan sarimah bermesra.
 Ashraff tersedar, sejak pagi tadi lagi dia tidak makan. Seakan lupa pula mencari sesuap nasi. Kenyang dengan peristiwa itu sahaja. Mana tidaknya, seleranya 100% hilang.

“ashraff bertolak selepas asar tadi.., makan..? ashraff tak ada selerala mama…”, ucapnya perlahan. Dahi puan sarimah menimbulkan aksi cantuman kedua2 keningnya.
“ashraff makan apa2 tak seharian ni, mesti tak makan lagi ni kan? Ya allah…. Jaga kesihatan tuw..nanti sakit badan pula, risau mama..”,
Puan sarimah menutur bicara seperti tiada apa2 yang berlaku antara menantu dan anaknya nur aini.
“mama… ashraff minta maaf.. ashraff bukan dengan rela hati melafazkan kata2 itu… ashraff menyesal.. ashraff sayangkan nur…”, ashraff bersuara juga hal itu.
“ialah…. mama faham, k.. nanti mama suh mak timah hidangkan makanan..nanti kita makan dahulu.. apa2 hal kita bincang selepas makan ok..”, puan sarimah lekas bangun dan menuju ke ruang dapur.
“ha’a ashraff, semoga bertenang dulu.. semasa kamu lafazkan cerai pagi tadi… siapa saksinya?”, ujur tuan ahmad mengisi kekosongan waktu sementara di pelawa ke ruang makn.
“ada dua orang kawan ashraff… yusuff dengan haikal.. dan kawan nur… syamila…,  dekat dengan pejabat nur kerja.. ashraff nak pergi pujuk dia..tapi lain jadinya..mmmm”,
Ashraff menundukkan kepalanya. Kakinya menguis2 permaidani rumah itu. Puan sarimah muncul dan mempelawa mereka ke ruang makan.
“nur….mari keluar, kita makan sama2..”, puan sarimah memanggil lembut anaknya. Pintu kamar cuba di buka tapi berkunci. Mungkin anaknya itu masih melayan perasaan seorang diri.keadaan itu amatlah tidak baik untuk kesihatan diri anaknya.
“nur…. Nur aini….”, suara puan sarimah lemut namun sedikit tegas.
“mama.. nur tak ada selera… maafkan nur mama… mama jangan paksa nur… nur tak mahu makan.”, puan sarimah mengucap panjang. Mungkin tuan ahmad dapat memujuk anaknya itu.
Setelah di beritahu akan hal itu, tuan ahmad bergegas ke kamar nur aini. Ashraff kaku di meja makan. Hatinya berdebar2, terasa sahaja dia ingin menatap wajah isterinya itu.. ingin sahaja memeluknya dan cepat2 membetulkan hal ini.
Namun, ia juga menyesal yang amat kerana terlanjur melafazkan kata cerai. Mungkin nur aini cukup sedih dan kecewa dengan tindakannya.

Beberapa minit kemudian, nur aini muncul jua. Dia mengenakan selendang hitam, berbaju tshirt putih dan berkain sarung batik. Ashraff mengamati wajah isterinya yang tidak sah lagi untuknya. Ya allah…knapa lain benar wajahnya malam itu.. matanya masih ternampak kesan2 tangisan. Sayang! Abang tidak berniat melayanimu begini!
Nur aini tidak berkata apa2 pun. Dia melabuhkan punggungnya di kerusi. Dia hanya memerhatikan mak limah mengisi nasi ke dalam pinggan. Selalunya dialah yang selalu beria-ia menolong mak limah. Terutama pinggan nasi untuk suaminya itu. Dialah yang mengisi nasi untuk suaminya.
Mak limah terus.menunaikan tugasnya. Dia memberi senyuman kepada ashraff. Mak limah juga sudah di maklumi hal itu. Jadi, dia memahaminya sahaja. Tuan ahmad mengaminkan doa makan. Mereka makan tanpa bersuara apa2pun di hadapan rezeki.
Ashraff sering mencuri pandang dengan penuh kasih sayang. Sehari tidak menatap wajah isterinya baginya bagaikan setahun. Ikan siakap yang dimasak tiga rasa oleh mak timah di makannya perlahan-lahan. Kesian juga pada perutnya yang mula berkeroncong.
Tiba2 nur aini bergegas bangun.. jari jemarinya menekup mulut. Dia bergegas ke sink dapur. Terasa mual setelah cuba menelan suapan pertama lauk ikan siakap itu. Puan sarimah tergamam. TUAn ahmad lagilah merasa pelik.
Secara spontan, ashraff tiba2 menghampiri nur aini. Nur aini muntah berkali2… tekaknya terasa amat loya sekali.  Ya allah! Kenapa dengan aku ni..bisiknya.
“nur… kenapa ni…..”, ashraff berasa bimbang. Terlupa pula dia dengan peristiwa yang mengganggu mereka.
Ashraff membuka kepala paip sinki itu.. tangannya cuba mengusap bahu nur ain.. namun, terhenti. Dia kaget.. bolehkah dia melakukan hal itu?  Nur aini tidak mempedulikan kehadiran ashraf. Namun, hatinya terasa berdebar juga. Namun, dia cuba mengawal perasaannya.
“mungkin…. Nur terlalu stress…. Nur.. maafkan abang… abang tak sanggup lihat nur begini..” , bisik ashraff lembut tepat2 di cuping telinga nur aini.
Ashraff menuang segelas air masak. Di hulurkan kepada nur aini. Teragak2 nur aini menyambutnya. Pelahan2 dia membasahi lehernya yang masih terasa mual. Nur aini menekup mulutnya kembali.tanda muntah masih lagi belum selesai. Ashraf cepat bertindak. Sungguh kesian dia melihat keadaan isterinya itu.

Hukum ada membenarkan halal sentuhan ketika membantu pesakit. Dengan cepat, ashraff menyambut gelas berisi air putih itu. Dia mengusap2 belakang nur aini yang tertunduk2 mengeluarkan muntah air sahaja. Bukan siapa, isterinya juga walaupun telah tertolak lafaz satu. Sungguh dia menyesal!.
Puan sarimah menghampiri mereka berdua. Wajah nur aini kelihatan pucat. Lesu jua kelihatan.
“mama….” , nur aini memeluk mamanya.
“nape ni muntah2 dah…..”. puan sarimah amat risau benar!
“mungkin nur stress mama.. slalunya nur, bila stress… dia muntah2…”,ashraff menutur pula.
“mama… tekak nur tak sedap sangat ni…. Nur tak tahan bau ikan tuw…sakitnya rasa..”, lemah suara nur aini kedengaran. Ashraff secara spontan menyapu wajah nur aini dan di basahi dengan air yang telah di selawatnya sekejap tadi.
Mak timah menghampiri mereka bertiga. Tuan ahmad hanya memandang dari ruang makan melihat tiga beranak itu.
 “ entah2.. nur mengandung ni puan… terbau ikan tuw sedikit dah muntah2… puan pun dulu macam ni jugak..ingat tak??” , mak timah tersipu2 tersenyum sambil mencuit bahu ashraff.
“jadi ayah lah kamu nanti yer ashraff…..”, tutur mak timah lagi berbaur usikan. Seakan lupa dengan apa yang di hadapi pasangan itu. Puan sarimah tersenyum juga. Berseri2 wajahnya. Tuan ahmad tiba2 bangun dan mendapatkan mereka.
“eah.. kalau betul apa yang di katakan mak limah kamu tuw.. esok pagi2… nanti kita sama2 bawa nur ke klinik yer,” wah… gembira benar nada suara tuan ahmad.
Tuan ahmad menepuk2 bahu ashraf dari sebelah sisi. Tanpa di sedari, ashraf mengukirkan senyuman.  Dia amat teruja. Nur aini pula terpinga-pingga. Kenapakah suasana yang dirasakan amat bermakna itu terjadi saat ini juga???
“emm.. mak timah, masakkan nasik bubur ayam untuk nur yer… apapun, nur kena makan juga.. nanti kesian baby nanti lapar..”, seloroh puan sarimah pula. Mak timah terus melakukan apa yang di perintah. Ashraff ingin sahaja memeluk dan merangkul tubuh isterinya itu seperti selalunya. Tapi apakan daya.
“mama……. mama ni.. benda yang tak pastilah….”, nur aini melangkah ke meja makan kembali. Ashraff terasa kenyang tiba2.
“mama… nur rehat kat bilik dahulu lah….nanti nur keluar lagi”, nur menyusur masuk ke kamarnya.
Ashraff hanya mengiringi dengan anak matanya sahaja. Tuan ahmad tersenyum mekar. Puan sarimah juga tak sudah2 mengucapkan amin. Ashraff begitu bahagia melihat mertuanya itu.
“tak lama lagi.. papa dapat cucu… dah lama idam nak cucu ni… ha, sambung makan dulu…,” tuan ahmad berseloroh.
Mereka bertiga berbual rancak. Belum apa2 puan sarimah sudah meneka jantina bakal cucunya. Ashraff berdoa di dalam hati agar semua yang mereka sangkakan menjadi realiti.
Nur aini merebahkan badannya ke katil. Bunyi rancak suara papa, mama dan ashraff jelas. Sungguh gembira kedengaran nada mereka. Nur aini meletakkan jari jemarinya ke perutnya.patutlah dia terasa berisi sejak akhir2 ini. Periodnya sudah dua bulan tidak datang.
Tanpa sedar, dia mengusap2 perutnya.. dia tersenyum.. arhh!! Aku mengandungkan anak ashraff??! Tiba2 suatu suara jahat melayani fikirannya. Lelaki itu! Tiba2.. dada nur aini berombak kembali..
Dia melarikn jemarinya dari terus mengusap perutnya sendiri….. “nur aini…. Ini anak kamu… kamu mengandungkan dia.. dia dari benih yang suci… apa salah dia…. Kamu bakal bergelar ibu…..” satu suara hatinya pula seakan menenangkannya. Nampaknya, nur aini begitu hebat bermain dengan perasaannya.
“ibu….? Aku bakal bergelar ibu….?”, nur aini bersuara lembut. Jarinya mula mengusap kembali perutnya. Namun, apabila memikirkan statusnya kini. Hatinya tiba2 diruntuh pilu kembali.
Tetapi melihat sinar kegembiraan di wajah ashraff tadi… dia keliru, adakah lelaki itu pura2 dan menipu menunjukkan kegembiraan?? Ahh.. lelaki curang!! Tiba2 peristiwa memecahkan kefahaman mereka terimbas kembali.




THE GARDEN HOTEL & RESIDENCE MID VALLEY
“ABANG ADA KURSUS dua hari di hotel mid valley bermula esok…  clien dari eropah datang menanyakan hal syarikat.. so big boss abang dah tempahkan bilik… program tuw full time, so, abang x sempat balik rumah… tapi, abang nak sayang datang temani abang tau bila tiba time tidur yer…abang rindu…hihihi”, ucap ashraff manja smbil mencuit hidung isterinya. Nur aini tersenyum malu.
“ala abang ni… nak teman2 plak… bukannya ada hantu kat hotel tuw….”,
“tak mau… abang nak sayang temani abang jugak.. abang takut….”, nur aini tergelak kecil. Tangannya mencapai tai yang terikat di leher suaminya. Sambil merungkai perlahan2.
“abang , pergi mandi nun.. bucuk….”, gurau nur aini smbil membuat aksi menutup hidungnya. Ashraf memeluk manja isterinya. Dia mendukung isterinya sehingga terjerit kecil nur aini diperlakukannya.
“abang… turunkan sayang lah… abang ni… bucuk busuk busssyyyuukk…!!”, nur aini terjerit kecil lagi apabila ashraf cuba menggelikan lehernya.
“hahaha…tak mau.. cakap dulu.. nak temankan abang tak malam esok kat hotel tuw…”, ashraff bersuara manja namun tegas pula nadanya.
“ala…. Sayang duk kat rumah jew tak boleh kew???”, gesa nur aini pula. Dia merangkul leher suaminya. Ashraff mencium perlahan pipi nur aini.
“tak bolllleeehhhhhh….”, nadanya lembut sekali. Mata mereka bertautan. Mereka begitu asyik melayari kasih sayang.
“kenape………………”, manja kedengaran nada nur aini. Dia membiarkan sahaja ashraf mengamati wajahnya. Sungguh indah terasa… dia juga membiarkan sahaja lehernya di hinggap belaian lembut bibir ashraff.
“sebab………… abang nak menggatal dengan sayang! Abang x biasa tidur kesorangan…… nanti xdew bantal peluk bucukk ni…hehehe “, sambil menarik lembut pipi gebu nur aini.  Nur aini terpejam  matanya menahan malu teramat sangat. Tuturan suaminya begitu mendamaikan.
“ia lah abang sayang…………. Nanti esok malam tepat jam 8 malam, sayang ada lam bilik abang ok!! puas hati abang bucuk ni…?”, nur aini pula membelai2 blakang leher suaminya. Pelahan2 ashraff menurunkan nur aini…
“bagus bini abang…..macam nilah….hehe..adoi sakitnya pinggan abang… berat bini abang sekarang… bape kilo dah ni…”, gurau ashraff pula. Nur aini mencapai tuala mandi suaminya.
“amboih… dah tuw sapa suh angkat….mana ada berat.. ngada2 abang ni…”, ujar nur aini pula berbaur rajuk,
“eleh… xberat apanya… beratlah.. ni berat ni…. Berat bontot…hahahahah”, gurau ashraff smbil menepuk pinggul nur aini. Auwww! Nur aini terjerit kecil diperlakukan sedemikian.
“aduss duss duss… dah2.. abang pegi mandi.. tau x… bucuk sngt ni.. satu bilik dah bau ni…”, nur aini pula cuba mengenakan suaminya.
“amboih… mengata abang…..hahah.. padahal malu tuw kan….nah amik lagi skali.”, secara spontan cepat sahaja  tangan ashraff menampar lembut pinggul isterinya.  Nur aini terjerit kecil dan  berpura2 sakit. Muncung bibirnya sengaja digerakkan.
Hahahaha… ashraff ketawa kuat sambil mencapai tuala dari tangan isterinya dan menuju ke bilik air dalam kamar mereka itu… secara spontan… dia melucutkan semua benang di badannya terang2an di hadapan nur aini.
“ya allah.. slamber giler………..hahahhahah, abang mandi cepat..!!!” laung nur aini smbil mengalihkan pandangan. Walaupun mereka suami isteri, namun, perasaan malu masih tidak dapat di bendung.
“hahaha….”, ashraff tergelak melihat aksi isterinya. Dia menyarungkan tuala ke tubuh sasanya dan membuka pintu bilik air..
“amboih….. suruh abang mandi cepat2 yer…………..hihihi “, tanpa mempedulikan nur aini yang sudah merah padam wajahnya.
“sayang nak apa selepas abang mandi………………………….hahahha”, ashraff mengusik lagi. Nur aini memandang suaminya. Bantal kecil doremon di baling namun tak kena sasaran.
“abang ni…………!” nur aini terasa amat malu dengan usikan nakal suaminya. Bunyi air memercik menandakan asraff mula mandi. Nur aini tergeleng2 mengenang usikan manja dan nakal suaminya. Tiba2 pintu bilik air terkuak balik tanda di buka…
“sayang…. Jom mandi sama… hahahah”, ashraff makin galak mengusik. Nur aini memejamkan matanya. Tanpa segan silu ashraff mempelawa. Sudahlah tiada seorat benang di tubuhnya!!  Dia kembali menutup pintu bilik mandi…sambil di selangi dengan tawa yang memanjang.
Nur aini menyusun pakaian solat di ampaian kecil dalam biliknya. Badannya juga terasa melekit. Dia membuka pakaiannya dan meyarungkan tuala. Ashraff perlahan2 menyusur keluar dari bilik mandi. Dengan pantas dia merangkul nur aini dari belakang.
“nak g mana ni….! Seksinya….!!”, usik ashraff mengejutkan nur aini.
“orang nak gi mandi lah!”
“owhhhh.. tadi sombong tak nak mndi sama… ha,,, sekarang jom…!!!”, sepintas kilat tubuh molek nur aini di dukung menuju ke bilik air tanpa mempedulikan jeritan kecil nur aini.
“abang…………….!”
Mereka bersama2 membina kasih….nur aini tenggelam dalam belaian cinta suaminya… cinta mula memekar lagi…. Sehinggalah kasih terbenih menyakinkan lagi kasih sayang ashraff kepada nur aini…………. Nur aini membiarkan sahaja reaksi suaminya itu yang amat suka mengusiknya…….

Tepat jam 7petang esoknya, nur aini bersiap-siap  dan mengemas apa yang patut untuk ke the garden residence hotel mid valley. Wajahnya penuh berseri-seri. Menurut sahaja kehendak suaminya tanpa banyak merungut. Lauk ikan bakar dan nasik kerabu yang telah di siapkannya petang tadi di bungkus rapi, itu makanan kegemaran ashraff.
Sambil tersenyum berseri-seri, dia mengenakan solekan nipis, berbaju blaus merah jambu dipadankan dengan jeans ukuran cutter girl, dan sungguh ayu sekali juga dia mengenakan tudung berwarna putih mulus. Kesolehan semula jadi nur aini telah menambat hati ashraff sejak 2 tahun yang lalu, perhubungan mereka di restui keluarga dan Alhamdulillah mereka selamat di ijap kabulkan dengan sempurna.

Ashraff menyusun beberapa dokumen dan fail di atas meja. Dia mencapai tuala mandi untuk menyucikan diri. Mesej daripada nur aini tadi membungakan hatinya. Perkataan “I love u” mesti sentiasa memenuhi petak inbox handset nye.. dia terus memenuhkan air ke dalam tab mandi. T
erasa hangat tubuhnya berendam di dalam air suam itu. Ush.. terasa segar setelah seharian penat melayan clien dari eropah seharian itu.
Pintu hotel biliknya terkuak perlahan. Ashraff masih berada di bilik mandi. Ashraff terdengar seperti ada orang masuk ke biliknya. Dia tersenyum, nampaknya nur aini sudah sampai. Petang tadi dia sudah meninggalkan pesan kepada pengurus hotel supaya menghantar isterinya ke bilik. Ashraff lekas2 membersihkan dirinya. Dia menyarungkan tuala. Sekujur tubuh berdiri membelakanginya.
“hai sayang……. Dah sampai..”, tegur ashraff lantas merangkul tubuh isterinya dari belakang. Yang hanya mengenakan bathrobe. Ashraff terasa lain macam. Dirasakan bukan tubuh itu yang selalu menjadi ‘bantal peluk’ nya.
Sementara itu, Nur aini di iringi pengurus hotel ke bilik ashraff.
“assalamualaikum abang…”, pintu di buka. Ashraff terpana. Nur aini? Habis siapa perempuan dalam bilik aku ni?
Nur aini kaku, dia merasakan seluruh tubuhnya terbius. Seorang wanita yang tidak di kenalinya memeluk enak tubuh suaminya yang juga terkejut reaksi wajahnya. Ashraff terpana kerana tiba2 sahaja gadis itu memeluk dan mencium pipinya.
Dia juga kaget kerana tidak menyangka, linda! Bekas kekasihnya dulu yang menceroboh masuk ke biliknya yang di sangkakan nur aini! Linda menanggalkan bathrobe nya, kini, di badannya cuma berbikini. Ashraff cepat2 menolak perempuan itu.
Hand bag dan beg kertas yang mengisi beberapa baju persalinannya dan makanan kegemaran ashraff terhempas ke lantai. Nur aini terasa satu tayanan video di hadapanya. Apa semua ini abang!! Hatinya terasa hancur sekali!
“eh.. linda! Berani kau ceroboh masuk bilik aku! Berambus….!!”, ashraff melangkah ke belakang. Dia amat berang sekali. Namun, linda cepat bertindak. Dia terduduk ke lantai sambil menangis.
“sumpah… saya tak ceroboh masuk bilik dia… ashraff yang hubungi saya supaya datang…”, linda cepat membalas dengan esakan yang di buat2 namun menjadi!.
 Nur aini buntu. Kakinya ibarat terikat kemas. Sukarnya menghadapi sandiwara di depan matanya.suaminya hanya bertuala dan perempuan itu pula berbikini. Dia terasa dadanya di hempas sesuatu yang berat. Bagai sembilu menerjah hatinya. Ashraff meluru mendapatkan nur aini.
“bohong…! Sayang…, betina ni bohong! abang keluar mandi tadi.. abang ingatkan sayang dah sampai, rupanya betina ni ceroboh bilik abang!”, ashraff cuba membetulkan keadaan.
Ashraff meraih jari jemari isterinya yang sejuk seperti  ais. Jelas terpancar di wajah nur aini yang masih terkejut, ashraff menyapu lelehan air mata isterinya yang tiba2 mengalir. Dia juga menjeling tajam kepada linda yang begitu hebat berpura2 berlakon. apa yang kau nak linda!!! Jerit hati ashraff.
“dia yang bohong!! Selepas gunakan saya… dia buat macam ni pada saya….”, linda menangis tersedu2 mencipta dramanya. Hebat! Sehingga berjaya mempengaruhi nur aini yang masih tercegat di muka pintu.
“lepaskan tangan nur!”, nur aini menarik tangannya daripada genggaman ashraff. Ashraff ternyata tersentak. Apakah yang harus aku lakukan. Apakah yang bakal terjadi selepas ini! Linda! Ye linda! Punca nur aini bertindak keras begini!
“sayang.. please percayakan abang…. Abang terperangkap..!”, ashraff cuba menenangkan isterinya. Nur aini menolak ashraff yang cuba memeluknya.
“dah… jangan sentuh ! sanggup abang buat nur macam ni… abang lukakan hati ini… abang curang pada isteri abang yang tak pernah memandang lelaki lain lagi.. tapi abang…”,
Suara nur aini tenggelam timbul berserta esakan yang mula kedengaran. Arrrrrhhh!! Aku buntu! jerit hati kecil ashraff. Linda juga masih dalam sandiwaranya, masih terduduk dan menyapu-nyapu tagisan air matanya.
 Nur aini menolak tubuh sasa ashraff.. tidak sempat ashraff meraih tangan isterinya.. nur aini meluncur pergi dari situ dengan linangan air mata. Hatinya begitu pedih! Melihat suaminya berada dalam pelukan perempuan lain.
Ashraff mengenakan t-shirtnya dan hanya sempat menyarungkan seluar pendek paras bawah lutut. Dia ingin cepat mengejar nur aini. Dia harus cepat menyelesaikan hal ini. Dia harus menyapa cinta hati isterinya kembali dan menenangkan jiwa nya.
 Ashraff tidak mempedulikan linda yang mula bangun berdiri dan merenungnya serta tersenyum puas tanda rancangannya berjaya. Ashraff mencari-cari nur aini. Dia tidak mempedulikan orang sekitar situ memberi perhatian terhadapnya. Ashraff tergesa keluar dengan laju. Kereta toyata cambry melewatinya.
 Jelas terpancar nur aini sudah menyorot pergi. Ashraff mengejar kereta itu. Dia melambai2 tangan supaya nur aini memberhentikan kereta. Namun, usahanya gagal… kepekatan malam mengaburi pandangannya. Aku harus segera pulang ke rumah!!





 BUNYI KETUKAN PINTU memecahkan renungan nur aini tentang peristiwa minggu lalu itu. Puan sarimah datang sambil menatang semangkuk nasik bubur ayam dan segelas susu.
“nur… kena makan ni tau.. nanti siap makan… kita ke ruang tamu, papa nak bercakap sikit..”,
Puan sarimah meletakkan makanan itu dimeja sisi. Nur aini hanya memandang sayu. Terasa mual mula beransur pergi. Dia menghirup beberapa teguk susu bagi melegakan mualnya. Puan sarimah melabuhkan pinggulnya. Wajah anaknya di tatapi. Budak2 muda sekarang.. cepat sungguh melatah dengan sesuatu yang tak pasti.
Sementara itu….
“walau macammana pun, kita kena cari wanita tuw.. sapa tadi linda? Dia perlu menjelaskan hal sebenarnya.. dia perlu mengembalikan kepercayaan nur aini kepada kamu ashraff”, tuan ahmad menutur tegas. Dia tergeleng kepala setelah mendengar penjelasan daripada ashraff.
“ia papa…. Tadi, pihak hotel telah menelefon ashraff, sebagai bukti, seorang pekerja pengurus hotel telah di bayar oleh linda untuk membantunya menceroboh masuk ke bilik ashraff, ashraff punyai bukti yang kukuh, ashraff  hendak menjelaskan hal ini kepada nur aini, tetapi dia tak mahu dengar dan tak mengendahkan ashraff, ashraff bukan menyalahkan nur papa, mungkin dia terlalu tertekan dengan hal ini, ashraff tidak tahu, kenapa dia boleh bertindak sedemikian, terlalu percaya kepada si linda tu, mungkin banyak lagi tipu daya linda pada nur yang ashraff tak tahu ..”, tuan ahmad mengangguk2kan kepalanya tanda memahami.
Ashraff menceritakan segalanya kepada tuan ahmad, macamana dia mengenali linda dan siapa sebenarnya linda serta statusnya. Kemudian menceritakan peristiwa yang berlaku di hotel tempoh hari. Berbagai reaksi yang di terima oleh tuan ahmad. Dia menyifatkan linda mempunyai masalah jiwa yang harus di selesaikan oleh ahli kaunselor dan ahli agama.
Namun pun begitu, linda jugalah orang yang bertanggujawab menjelaskan hal yang sebenarnya agar rumah tangga anak menantunya berjalan seperti biasa.
Nur aini bersama puan sarimah bersama2 berjalan seiringan mendapatkan tuan ahmad dan ashraff. Ashraff menyapu mukanya seperti mengaminkan doa. Tuan ahmad pula membetulkan kaca matanya sambil memegang sebuah kitab di tangannya. Nampaknya, dia sudah cukup bersedia dalam menyelesaikan kes yang membuntukan perasaan anak dan menantunya itu.
“sesungguhnya fitnah itu lebih buruk daripada membunuh”, tutur tuan ahmad membuka bicara.
“papa sebagai orang yang memegang amanah ini dalam menjaga kamu wahai nur aini selama ini kemudian menyerahkan kamu kepada ashraff, sekaligus menjadikan kamu sebagai satu amanah besar buat ashraff dalam mendidik dan menjaga kamu, di samping memenuhi tuntutan social dalam berumahtangga”, sambungnya lagi.
“ Syaitan itu sentiasa berusaha menghancurkan pendamaian manusia dan akan berasa sangat cemburu melihat persahabatan dan ikatan yang terjalin di antara anak adam, lalu di usahakannya agar sentiasa bergelora, fitnah di tabur, kekerasan di tanam dan sifat sabar kita di cabutnya….”, ashraff menundukkan kepalanya. Nur aini juga diam sahaja. Puan sarimah meneliti kata2 suaminya.
“papa tidak mampu untuk mengemukakan nas2.. tapi setahu papa, sebagai seorang isteri, haram baginya menuntut cerai dengan suami, bergoncang tiang arash milik allah taala setiap kali wanita berkeras dengan suami dan meminta cerai, tambahan pula, menuntut cerai dalam keadaan emosi yang memuncak, mengikut perasaan dan tidak menyelidiki sama ada keputusan yang di lakukan tepat ataupun tidak, dalam hal ini, papa jelas terbayang bahawa, nur aini terburu2 meletakkan keputusan tanpa menunggu penjelasan dahulu, papa mahu tanya nur… adakah tepat keputusan nur itu dan adakah adil buat pihak ashraff???”,
Panjang lebar tuan ahmad menghuraikan akan hal itu. Nur aini lama mendiamkan diri, dia menarik nafas panjang.
“papa, nur menyaksikan dengan mata kepala nur sendiri apa yang berlaku dalam bilik hotel itu, walaupun nur tidak melihat perkara terkutuk itu berlaku, namun perasaan hati nur sebagai seorang isteri sangat terguris…nur bersaksikan dengan diri nur sendiri…”, nur aini menuturkan bicara. Dikawal nada suaranya agar tidak teresak2.
“so, adakah nur pasti bahawa ashraff benar2 bersalah?? Oleh kerana fItnah yang di tabur gadis itu, nur terus percaya seratus pratus??,”, tuan ahmad seperti peguam pula dalam menyoal.
“adakah ada bukti yang menyatakan perempuan itu menabur fitnah? Malam ketika nur bertengkar dengan abang ashraff, kenapa abang ashraff pergi jumpa dengan perempuan tu lagi? Abang jumpa perempuan tu kan? Dekat mulia jaya bukit ampang”, nur aini pula semakin semangat.
“biar papa jawab, nur… bukti ada jelas, seorang pekerja hotel di upah oleh si linda tu untuk ceroboh masuk ke hotel.. dan adakah soalan kedua tuw betul ashraff?”, tuan ahmad mengalihkan pula pandangannya kepada ashraaf. Nur aini tercenggang.
“nur… papa, ia… memang malam itu ashraff ada pergi ke mulai jaya atas bukit cahaya itu.. kebetulan ketika itu, tiba2 si linda tuw muncul dan mengganggu ketenangan ashraff, ashraff pinta agar dia menceritakan hal sebenar tapi… dia mengugut pula untuk menghancurkan hubungan kami, nur.. abang mahu tanya, dari mana nur tahu abang ke sana?”,
Ashraff pula menyoal nur aini yang mula serba salah. Nur aini mengeluarkan handsetnya dan menunjukkan mesej yang pernah dihantar linda. Ashraff cepat2 membacanya.
“astagfirullahalazim…… tak habis2 dia  menabur fitnah”,  tuan ahmad beristigfar dan begitu juga ashraff. Puan sarimah mengerutkan dahinya. Tidak tersangka si linda sanggup melakukan hal sedemikian rupa.
Perbincangan di teruskan sehinggalah mencapai titik noktah. Tuan ahmad menyarankan agar nur aini dan ashraff merujuk kembali khadi di pejabat agama dan menyelesaikan hal mereka dengan merujuk kembali pernikahan sementara nur aini masih berada dalam tempoh eddah.
“sebenarnya, titik pangkalnya, haruslah kita membuat keputusan yang tepat2 berdasarkan bukti dan keadaan yang sohih… janganlah kita terlalu mengikut hawa nafsu yang mana merosakkan diri sendiri, setidak-tidaknya nya merujuklah kepada papa dan mama.. juga ibu ayah ashraff.. ni tidak, bukti tidak jelas… terburu2… maafkan papalah jika tersalah bicara,”, tuan ahmad menoleh kepada nur aini yang menunduk. Air jernih terkeluar daripada matanya.
“begitu juga ashraff, papa harap agar lebih berhati2 selepas ini, dan jangan mudah mengeluarkan kata cerai semudahnya, kerana hal ini bukan hal yang main-main tetapi bermain dengan hukum syariat serta penentuan halal dan haram dalam bab rumah tangga ni”, kali ini pandangan di alihkan pula kepada ashraff. Ashraff mengangguk angguk. Dia mengamati wajah nur aini.
“papa… nur  minta, bagi menenangkan hati ini dan bagi mengukuhkan lagi bukti, nur minta…. Linda sendiri yang datang berjumpa dengan nur.. bukan kerana nur tidak percayakan abang ashraff.. tetapi nur juga mahukan keadilan bukti, agar kesakitan dan keperitan yang di rasai tidak terpendam lama, dan nur minta waktu selama dua hari, untuk bersendirian dan menenangkan hati ni..”, nur aini bersuara. Ashraff terasa lega. Namun, bagaimana caranya mendesak linda menyatakan hal sebenar?


“nur…. Abang minta maaf di atas keterlanjuran kata abang melafazkan cerai pagi tadi.. sesungguhnya abang tak kuat menghadapi semua ni..”, ashraff meluahkan apa yang terbuku di hatinya. Puan sarimah dan tuan ahmad sudah meminta diri untuk beradu di kamar. Nur aini yang sedang meneliti bulan yang terbayang di dalam kejernihan air kolam renang tersentak. Terkejut dengan kehadiran ashraff yang tiba2.
Nur aini berasa janggal. Terasa suatu yang baru berhadapan dengan ashraff kala itu. Dia menoleh perlahan kepada ashraff.
“sayang………. Maafkan abang…”,semakin lembut pula kedengaran suara ashraff.
Nur aini mengalirkan pula mahkota jernihnya. Dia hanya diam seribu bahasa.
Ashraff cuba meraih jemari nur aini. Tapi dia tersedar. Dimatikan sahaja niatnya itu.
“ops….”, ashraff terasa malu. Nur aini merasa janggal dengan keadaan tu.. dia meminta diri untuk masuk ke bilik. Selangkah dua nur aini melangkah. Kedengaran ashraff memanggilnya. Langkahannya terhenti namun tidak menoleh.
“nur……… abang sayang nur..”, mendayu kedengaran suara ashraff. Tanpa menoleh, nur aini meneruskan langkahannya. Tanpa di sedari, air mata lelaki ashraff setitis mengalir. Adakah peristiwa itu akan mengurangkan kasih sayang mereka dan meninggalkan kesan jurang kedua-duanya??




NUR AINI menuangkan jus jambu ke dalam gelas. Sambil menikmati sebiji epal hijau. Dia sungguh berselera sekali petang itu. Ashraff sudah menghilangkan diri sejak pagi tadi. Hampir seminggu mereka sudah pun merujuk kembali hubungan mereka atas saranan tuan ahmad. Nur aini tidak ke klinik untuk meng’check up’ kesihatannya.
Tiga hari dia berada di rumah mamanya dan berkeras untuk tidak ke klinik. Tuan ahmad dan puan sarimah tidak memaksa kerana akhirnya termakn dengan pujikan nur aini yang menyatakan itu Cuma muntah biasa. Bukannya tanda dia hamil. Dia berkeras melakukan sedemikian kerana dia merasa cukup tertekan untuk menghadapi hal seindah itu di saat jiwanya tertekan.
Kini, setelah rujuk kembali, mereka kembali tinggal sebumbung, namun, terasa amat janggal dan asing pula bagi nur aini. Mereka kurang berkomunikasi. Hanya gerakan tubuh dan isyarat untuk memahami. Mereka membuat hal masing. Sedangkan hati kedua2 mereka berkocak hebat! mungkin keegoaan keduanya yang tinggi menjayakan mereka beraksi sedemikian!
Sambil termenung, nur aini memuhasabah dirinya. Dia merasakan hubungannya dengan ashraff tidak seakrab dan seromantik seperti selalunya.  Dia merasakan perasaan hambar dan tawar setiap kali berhadapan dengan ashraff. Apakah ini penangan peristiwa yang berlaku?
Walaupun telah bersaksikan pembantu pengurus hotel tentang tindakan jahat linda, dia masih lagi merasa ragu. Bukan kerana dia tidak mempercayai ashraff namun sebagai wanita sepertinya perlukan sesuatu yang lebih kukuh kerana hatinya cukup tertekan menghadapi situasi sedemikian.
Ashraff sudah berkali-kali mengia-ia kan hal itu, dia sudah pun yakin. Namun, dia terasa ingin berhadapan dengan linda sendiri bagi memuaskan hatinya. Patutkah tindakan aku ini berhadapan dengan linda?? Bisik hatinya. Nur aini mengucap dalam hati dan berdoa. Semoga di jauhkan daripada gangguan syaitan. Dia juga berdoa agar rumah tangganya sentiasa stabil dan akan cuba menyiapkan dirinya berfikiran lebih dewasa dalam tindakan.
Kemana pulak si ashraff ni dari pagi lagi tak nampak??? Rungut nur aini. Walaupun hari itu hari minggu. Kemana plak perginya??
“ Aik.. aku ni pun satu.. pelik.. bila ashraff tak ada aku mencari-cari dia pulak.. bila ashraff ada depan mata… aku pulak yang seperti endah tidak endah kepadanya.. kenapa harus aku begini?? Merajuk diri seorang diri… “, ucapan yang hadir dari hatinya itu di catatkan pada sebuah diary comel miliknya.
Selepas daripada aku dirujuk suamiku yang amat aku sayang itu,  aku tiba-tiba berasa janggal bersemuka dan berhadapan dengan dirinya. Abang yang aku kenali sejak dua tahun lalu, seperti baru semalam aku bersamanya.. dengan usia perkahwinan kami yang baru enam bulan, aku merasakan seperti masih di awan-awanan.
Adakah aku terlalu khusyuk mencintainya sehingga apa-apa hal yang meragut kebahagiaan ku menyebabkan aku cepat melatah. Linda!! Yer linda.. aku sangat mencemburui wanita itu. Dia adalah bekas kekasih suamiku ketika di alam universiti. Mereka merupakan satu batch dan sama usia. Sedangkan aku lima tahun lebih muda daripada mereka. Umur tidak mengira jodoh. Perkenalan aku dengan abang dua tahun yang lalu. Membuahkan rasa cinta kami.
Aku terbayangkan bagaimana linda begitu tegar sekali memeluk suamiku di hadapan aku. Yang aku terasa cukup pedih apabila abang seakan membiarkan sahaja  wanita itu memeluknya. Mungkin abang terpana dan kaget melihat aku. Kenapa abang masih tidak dapat membezakan aku dengan wanita itu? Mungkin kerana kebetulan tubuh dan ketinggian aku dengan linda agak sama. Malahan warna kulit kami juga sebijik sama cuma aku lebih gebu daripada dia.. hikhik?
Makin laju pula nur aini meluahkan perasaannya di catatan diary. Apabila pena bertemu kertas. Itulah jadinya. Nur aini menikmati halaman rumahnya. Sambil menguis-nguis rumput karpet, dia memperhatikan setiap pasu bunga yang ada di sekeliling halaman sambil menyerup udara segar. Kemudian meneruskan coretan bingkai hatinya yang seakan berubah sejak akhir-akhir ini.
Aku merasa abang seakan malu untuk menghampiriku. Aku teringat pula kata-kata yang di ucapkan semasa kami bertengkar. Memang aku cukup merasa marah di saat itu. Aku menyesal kerana tergamak sekasar itu dengan abang. Adakah abang yang seakan dingin dengan aku masih lagi memendam rasa dengan kata-kata ku??? Ntahlah belalang.. eah… blalang plak.. ntahlah aku pun tak tahu.. aku merasa cukup segan dengannya!! Mungkin kerana kata-kata aku membuatkan aku juga merasa malu dan seakan sukar menghampirinya.  Adakah abang juga begitu!! Sedihlah cm ni.. xcool langsung!
Bunyi deruman kereta masuk ke perkarangan rumah menyentakkan nur aini. Dia memang terperanjat. Dengan lagak mengejut, dia mennutup diarinya cepat. Hatinya dan jantung tiba-tiba berdegup kuat. Kenapa dengan aku ni?? Bisik hatinya. Nur aini membetulkan posisi duduknya sambil membetulkan rambutnya yang panjang mengurai. Sambil berpura2 meneguk minuman.
Ashraff membuka pintu kereta dan perlahan-lahan keluar. Dari situ dia mencuri pandang  Dia membuka bonet kereta. Beberapa barang di bawa keluar. Tadi dia ke shopping complex sambil merayau-rayau seorang diri. Ntah apa yang di belinya dia pun tidak perasan. Hatinya berdebar-debar. Selalunya dia berdua dengan nur aini kemana2. Ntah kenapa hari itu dia merasa amat segan untuk mempelawa isterinya yang dia amat sayangi itu! Sejak peristiwa itu, dia masih menunggu-nunggu kata2 sayang dan cinta daripada nur aini. Walaupun sudah merujuk kembali tempoh hari, mereka mula dingin sejak itu. Adakah nur aini sudah membenciku???
Tidak abang! Bukan aku membencinya kerana tidak menyambut kepulangan mu yang seperti selalunya. Tetapi aku segan untuk mendekatimu! Nur aini seperti faham2 aje apa yang terluah oleh hati ashraff. Dia masih lagi tercenggang di kerusi halaman langskap yang di hias cantik itu. Dia mencuri pandang ashraff yang seakan busy jew membimbit barang2 yang penuh di tangannya. Ya allah kenapa ini jadinya?? Bisik hati nur aini. Kurang asam.. pergi shopping x ajak aku???!! Bebel nur aini dalam hatinya.
Nur aini binti tuan ahmad!.. berat ni… x nak tolong kew! Luah ashraff akhirnya. Tapi sayang, Cuma lahir dari hatinya. Nur aini bingkas bangun, ashraff tersenyum. Disangka nur aini sudah bersedia menolongnya. Nur aini menyusun pinggan dan gelas yang di gunakan nya tadi dan terus masuk ke dalam rumah. Ashraff mencebikkan pipinya menyaksikan hal itu.
Alahai mak cik ni…xnampak kew aku ni macam raksasa dah pnuh dengan plastic..tapi tak apelah… aku jugak yang memandai2 pegi shoping banyak2..hehehhe! Ucap ashraff lagi dalam jiwanya.  Nur aini mencuci bekas makanannya.dia membuka peti dan melihat jus jambu lebihan jus jambu yang cukup untuk seorang minum. Sekilas dia mengingati ashraff…
Nur aini sedar, mereka kurang berkomunikasi sejak akhir2 ini. yang sering mereka bersuara adalah cuma bertanyakan “surat atas peti tadi mana?” “tuala bersih simpan mana?”.. perbualan2 biasa itu sahaja yang dipersoalkan, kadang2 tidak di jawab dengan kata2 juga. Cuma di buat reaksi badan dan tolong diambilkan atau di tunjukkan barang yang di pinta.
Ashraff menyusun barang2 yang di belinya tadi di ruang tamu dan terus di asingkannya. Selalunya  itu kerja nur aini. Dia kerja tolong pandang sahaja.heehheh… ashraff membawa barangan dapur ke ruang meja dapur dan di letakkan di situ. Dia terpandang nur aini yang menuangkan segelas jus jambu. Dia mengurut lehernya. Perit pula terasa.ingin di minta segelas. Tapi susah pula ayat yang biasa itu di lontarkannya.
Nur aini memotong pula sebiji epal merah dan di siraminya tiga biji stawbery yang masih segar dan di letakkan di dalam piring kecil. Dari lirik matanya, dia perasan ashraff memasuki ruang dapur. Ashraff membuka peti ais. Aik.. jus jambu dah habis. Dia menjeling segelas jus jambu yang masih segar dan sejuk itu di tepinya. Nur aini menyusun hirisan epal. Haruskah aku memulakan kata??! Tutur nur aini dlam hati.
“hmmm…” ashraff berdehem. Untuk melegakan haus tekaknya. Nur aini serba tak kena.dia cuba mengantung pisau yang telah di cucinya namun terlepas dari genggaman. Tepat..muncung pisau jatuh mengenai kakinya.
“aduh….”, nur aini terjerit kecil. Mujur tiada  luka cuma tercalar kecil. Cepat-cepat ashraff mendekati isterinya. Hati ashraff berdebar. Ashraff terus menunduk mencapai pisau yang terjatuh tadi. Sempat juga dia memeriksa kaki isterinya dan menyapu-nyapu kaki nur aini lembut. Nur aini terkaku di situ dengan tindakan spontan namun prihatin yang di tonjolkan ashraff.
“sakit lagi tak?’. Mata mereka bertautan. Ashraff masih mengosok2 tempat kaki nur aini yang tercalar. Nur aini tercegat memerhati tindakan ashraff. Hatinya tiba2 berdebar.kenapa plak ni?? Namun, hatinya terasa sedikit terharu dengan keikhlasan suaminya.
“mmm… xpe… xsakit sangat pun… errr… jus tuw untk abang… buah tu pun”, ujar nur aini akhirnya dengan nada suranya sedikit teragak2. Dia menyising rambutnya ke bahu. Ashraff bangun dan tersenyum kecil.namun di tarik kembali senyumannya itu setelah melihat wajah nur aini yang seakan mengkaku.
Nur aini ingin melangkah. Ashraff pula juga melangkah . dahi mereka bertembung. “kuk” bunyinya. Nur aini gelisah. Ashraff mengosok dahinya spontan walaupun x merasa apa2 pun. Dua tiga kali langkah mereka ke kiri dan kekanan. Akhirnya nur aini menyusur pergi setelah mereka tak tercanggah2 lagi di situ. Nur aini menuju ke kamar bilik mereka dan merebahkan diri. Ahhhhh!!! Malunya aku…… eeee….. ujar nur aini perlahan sambil menengkup wajahnya. Kenapa hatinya tiba2 berdebar dan berbunga2 pula.
Ashraff  tersenyum kecil. Dia memandang lama gelas jus jambu yang di genggamnya itu. Sambil meneguknya perlahan2. Ushhh.. sedap… pujinya. Hinggakan kosong  gelas tanpa bersisa! Hahaha.. Sepotong epal di capai dan dimamah. Hausnya sepantas kilat lenyap begitu saja.  Ashraff menanggalkan baju t shirt yang di pakainya.. trasa hangat pula tiba2. Dia melangkah anak tangga untuk masuk ke bilik. Barang2 yang di belinya masih lagi berada di ruang tamu rumah.
Nur aini terdengar pintu di kuak. dia terus pura-pura melelapkan matanya. Dia tidur mengiring menghadap ke muka almari dan membelakangi tempat tidur suaminya. Ashraff melangkah seperti biasa. Sesekali dia menjeling nur aini yang terpejam matanya. Aikk? Tido plak petang2 ni??? Bisik hati ashraff. Jam menunjukkan jam 6 petang.
Ashraff tercegat di hadapan katil sambil mengamati tubuh isterinya. Dia perlahan2 memegang kaki nur aini yang di hempap pisau pemotong buah..hati nur aini berdegup kencang. Ala mamak ni.. xleh duk senyap kew?? Dah la gi shopping xajak aku pum! Jerit hatinya. Ahraff mengosok lembut kaki nur aini. Kesan calar agak teruk.merah2 mula kelihatan. Dia bangun dan mencapai minyak gamat. Lalu di sapunya ke kaki nur aini. Nur aini kaku tak terperi.
Jauh di sudut hatinya dia terasa amat terharu dengan tindakan suaminya. Dia terasa amat di sayangi. Namun bagaimana harus dia memulakan kata2?? Sampai bila dia harus berdiam diri begini dan hanya berbicara dengan hatinya sahaja?? Ashraff juga tidak memulakan kata.Seusai disapu dan di letakkan ubat gamat. Ashraff mengamati wajah isterinya dengan penuh kasih sayang. Sesekali dia menikmati tubuh nur aini yang terbujur mengiring dengan lirikan matanya. Jantungnya berdebar.
Terserap naluri kelakiannya untuk mendekati nur aini. Dia menghulurkan tangannya untuk mengusap rambut nur aini. Sedikit sahaja hampir melekat jari jemarinya pada ubun2 nur aini, dia membatalkan hajatnya itu lalu menarik kembali tangannya perlahan. Aduss!! Kenapa aku harus begini. Menyiksakan batin sendiri?!
Nur aini tidak berganjak dari kedudukannya. Dia merasakan angin berlalu dan menghembus wajahnya. Dia berdebar, dia merasakan dia di pandang lama oleh ashraff. Ashraff menginjak bangun.. dia hanya berseluar jeans biru. Ashrff mengantungkan baju tshirtnya tadi di ampaian kecil dalam bilik.
Dia terasa sungguh penat seharian merayau seorangan. Perlahan2 dia merebahkan badannya di tempat tidurnya. Nur aini membelakanginya. Sekali lagi, matanya galak menjamu tubuh isteri kesayanganya itu dari belakang. Lentok tubuh isterinya kelihatan ayu sekali. Jiwa lelakinya berkocak hebat. Ashraff meletakkan kedua-dua tangannya di bawah kepala. sudah hampir seminggu dia tak merasakan hal yang satu ini.manakan tidak jiwanya berlocak kencang!
Nur aini masih lagi kaku. Apakah harus dilakukan? Ashraff terkebil2 matanya merenung syiling. Tubuh isterinya sedikit pun tidak berganjak. Kenapa harus aku begini? Dia adalah isteriku yang sah! Dia adalah halal bagi aku! Ya allah kuatkan lah hati kami ya allah.. doa ashraff,seperti biasa yang lahir dari dalam jiwanya. Adakah aku ego?? Adakah aku cuba mengharamkan yang halal bagi ku? Sehingga aku bertindak menyiksa jiwa aku sendiri??
Nur aini membuka matanya perlahan. Ashraff tidak menyedarinya kerana nur aini membelakanginya. Adakah aku ego??! Nur aini pula bermain dengan perasaannya. Adakah halal bagi aku bertindak begini? Membelakangi suamiku yang mungkin sudah terhiris jiwanya kerana tindakan aku?? Sedangkan aku tahu haram aku membelakangi suami.Kenapa pulak.. dia juga begitu.ahh.. bukan.. dia sudah cuba mendekati aku malahan selalu mengambil berat kepada diri ini..kenapa aku berasa amat malu sekali? Sedangkan dia halal bagi aku! Ronta  jiwa nur aini pula.
Nur aini sedikit mengubah posisi tidurnya. Dia sedikit mengundur kebelakang kerana terlalu berada di sisi katil.nanti jatuh pula malu besar dia nanti! Dia tercenggang dan amat berdebar. Tangan lelaki ashraff menyinggap pinggangnya. Ashraff merapatkan kedudukan. Nur aini dirangkul kemas dari belakang. Nur aini jelas dapat  merasakan degupan jantung ashraff yang seperti baru selesai lumba lari 1000meter!! Dia kekakuan.namun, jiwanya merasa cukup tenang walaupun dadanya berkocak hebat. Di kawalnya agak kurangkan debaran.
Nur aini menukar posisi tidurnya dan mengadap wajah suaminya. Ashraff membuka matanya. Wajah nur aini yang sedang merenungnya di amati. Masing2 saling memandang. Seperti melepaskan seribu kerinduan! Namun, mereka senyap beribu bahasa. Hanya kedengaran halus tarikan nafas kedua2nya. Mata nur aini yang manja namun terpancar sedikit kejernihan dari dalam matanya. Seperti sedang rancak bermonolog dengan jiwanya.
Ashraff  menarik tubuh nur aini ke dalam pelukannya. Dia juga diam tanpa sebarang kata namun hatinya terasa begitu berbunga sekali! Hatinya laju berdoa dan mengucapkan syukur. Mata mereka masih bertautan tanpa kerdipan. Ashraff memberanikan dirinya mengusap lembut ubun2 rambut nur aini.
Nur aini memejamkan matanya perlahan, terasa tenang sekali di layan begitu. Ashraff mengukur senyuman nipis. Hanya mereka sahaja yang memahami jiwa masing2 di saat itu..lama mereka saling memandang. Tiba2.. tanpa di sedari nur aini sendiri, setitis mutiara kecil melewati kelopak matanya. Ashraff terpana, adakah jiwa nur aini sedang memberontak dengan hatinya sendiri sehingga menitiskan tangisan?? Adakah dia puncanya???!
“sayang….”, hanya itu yang mampu di ucap ashraff. Jarinya mengusap lembut pipi nur aini. Nur aini mula sebak yang tiba2. Dia tidak dapat menahan perasaan itu. Tubuh sasa suaminya di peluk makin erat. Sisi wajahnya di sandarkan pada dada ashraff. Nur aini meluahkan perasaannya yang berkecamuk sejak 2,3 hari lepas setelah mereka merujuk kembali. Dia menangis sepuas2nya di dada suami yang dia sedar yang dia amat cintai.
Ashraff terpana lagi. Rangkulan kemas isterinya seperti ingin meluahkan sesuatu yang terpendam selama ini. dia memerhatikan sahaja isterinya menumpahkan tangisan. Hatinya amat tersentuh. Tiba2 di gelumung rasa bersalah.dengan pantas, dia mencium dahi isterinya bertalu2.. menyapu tangis nur aini dan mengusap lembut badan nur aini.
Mata ashraff terasa di genangi air jernih. Wajah dan tubuh nur aini amat dia rindui. Sudah seminggu mereka membuat hal masing2. Jarang menutur kata dan akhirnya, hari ini.. kasih mereka bercantum kembali. Hanya gerakan yang menandakan bicara hati mereka yang saling memerlukan antara satu sama lain..
……………………………………………………………………………………………………..
LINDA memandu laju menuju ke hospital. Jam menunjukkan jam 5 pagi.Suaminya di khabarkan mengalami kemalangan jalan raya. Anak sulongnya dan anak keduanya di khabarkan juga dalam keadaan parah. Dia merasa sungguh terkilan kerana kecelakaan yang menimpa anak dan suaminya  Razman. Sedangkan dia sibuk dengan halnya sendiri.
“ooi linda.. anak ngan laki ko tenat kat hospital, ko masih lagi berseronok di sini? Isteri jenis apa ko ni?? “ teguran misya menamatkan hanyutannya melayani tarian dan muzik rancak di kelab malam. Bagaikan di cucuk sembilu. Dia terus pengsan dan pitam.
Linda terus memandu, semua hal keluarganya terlintas satu persatu di ruang mata. Dia mula terkenang tentang dirinya yang tidak pernah merasa puas dengan keseronokan dunia. Dia mula menyalahkan dirinya yang selama ini gagal menjadi seorang ibu dan seorang isteri yang bertanggungjawab kepada keluarganya.
 Penyesalan demi penyesalan menerjah. Wajah lokmanul hakim dan aidiq afwat terbayang di ruang mata. Anak pertama dan keduanya. Dia tidak pernah bersyukur di kurniakan suami yang begitu tabah melayani karenahnya, malahan lelaki itu sudah puas mengajarnya erti bersyukur. Namun, hasilnya cuma sia2 belaka.



……………………………………………………………………………………………………

“TAHNIAH.. awak telah di sahkan hamil dua bulan..”, umum doktor wanita itu sambil tersenyum. puan sarimah mengucapkan syukur. Nur aini tersenyum gembira. Dia memeluk mamanya jerana terlalu sukacita mendengar berita yang di beritahu doktor hasimah itu. 
Nur aini dibawa puan sarimah ke hospital pagi itu manakala ashraff terpaksa ke singapura pagi tadi kerana urusan kerja. Nur aini membuat keputusan untuk ke rumah mamanya setelah selesai kerjanya di pejabat. Selain membuat ujian air kencing dan pengesahan nur aini tentang kesihatannya. Puan sarimah juga telah membuat appoitmen dengan doktor pakar sakit puan mengenai kesihatannya.
Mereka turut ditemani pemandu puan sarimah. Pakcik ghani yang sedang berada di muka pintu utama hospital. Puan sarimah selesai temujanji dengan doktor. Mereka bersiap untuk pulang.
Dari arah depan dalam 20 meter, dua kujur badan yang masih kecil yang telah di baluti kain putih melintasi merka. Seorang wanita menangis teresak-esak. Sambil di tenangkan seorang wanita yang agak berumur sebaya puan sarimah. Perempuan itu meraung kesedihan.
Puan sarimah dan nur aini memberi laluan kepada para nurse menolak kereta troli mayat itu.  Mereka juga merasa simpati dengan keluarga tersebut di atas kehilangan nyawa orang tersayang. Puan sarimah mengucap di dalam hati dan membaca alfatihah kepada arwah walaupun tidak di kenalinya siapa-siapa.
Perempuan itu jatuh terduduk di kerusi yang terdapat di sepanjang dalam hospital itu. Kedua jenazah tadi telah di bawa dan di angkut ke van jenazah. Nur aini dan puan sarimah meneruskan perjalanan mereka. Sesekali nur aini mengamati wajah perempuan yang seperti meratapi atas kematian arwah tadi.
“kesiannya.. mesti dia ibu kepada arwah budak2 tadi……”, ucap puan sarimah.
Nur aini memberhentikan langkahan. Betul-betul di hadapan wanita yang meraung-raung tadi. Dia cuba mengecam. Seperti pernah di lihat???!! Yer… itulah linda… linda yang memeluk suaminya pada peristiwa hotel tempoh hari! Kenapa dia menagis-nangis begini? Apakah bala menimpanya??




“SEMUANYA sudah terjawab nur……………”, puan sarimah tersenyum dan mengamati wajah anak tunggal kesayangannya itu. Nur aini menyisip gelas minuman di hadapannya. Pertemuan yang tidak di sangka dengan linda petang semalam turut menguatkan keyakinannya bahawa suaminya berada di pihak yang benar. Nur aini termenung jauh. Dia berasa amat bersalah.
“maafkan saya nur…. Kerana mengganggu hubungan awak dan ashraff… sayalah yang berdosa! Saya lah yang bersalah! Sekarang tuhan telah mengambil kembali kedua2 anak saya… suami saya  sedang koma! Kehilangan mereka telah mengajar saya betapa peritnya kehilangan orang tersayang.. saya berdosa kepada semua orang, saya curang kepada suami saya… saya tidak menjaga anak2 dengan baik…..”, pengakuan ikhlas linda dengan penuh kata penyesalan petang semalam masih lagi terngia2 dalam otak benak pemikirannya.
“Alhamdulillah linda sudah sedar dengan kerja buatnya, tengok, ada hikmah di sebalik kehilangan anak-anaknya… iaitu allah membuka pintu hati linda untuk bertaubat”, suara garau papanya yang tiba2 muncul di cuping telinga nur aini memecahkan lamunannya mengingati peristiwa semalam.
“ALLAH maha kuasa, dialah yang menghidupkan dan mematikan manusia, sesungguhnya kita adalah milikNYA… Cuma seharusnya kita memegang amanah diri dengan sekemas2nya…. Kerana setiap apa yang dikurniakannya cumalah bersifat pinjaman sementara sahaja”, hati nur aini berbisik sendirian. Dengan nada perlahan dia mengucapkan istigfar dan Alhamdulillah.




RESTOREN seri menanti amat bercahaya malam itu. Ashraff menggenggam erat jari jemari nur aini. Ashraff mempelawa nur aini untuk dinner pada malam itu di restoren yang pertama kali memupuk cinta mereka. Nur aini sungguh anggun pada malam itu, dia berbaju kurung moden berwarna unggu lembut dan dipadankan dengan tudung arona sama. Solekan yang menghiasi wajahnya menampakkan lagi kejelitaannya. Ashraff tidak kurang juga hebatnya. Dia memakai baju tshirt juga warna sama dan berseluar hitam. Rambutnya terpacak rapi. Kemachoaan nya juga berseri2.
Mereka memilih tempat yang paling damai. Nur aini sungguh teruja. Nampaknya awal2 lagi ashraff sudah pun menempah meja dan jenis makanan untuk dinner mereka malam itu. Nur aini memeluk sisi badan suaminya. Di hiasi senyuman yang amat manis. Ashraff menarik kerusi dengan penuh prestij untuk nur aini. Pelayan restoren membuka hidangan yang telah tersedia.
“wah… “, tutur nur aini lembut. Ashraff mencapai jemari nur aini lalu di kucupnya tanpa menghiraukan pekerja restoren..
“sayang… silakan.. tapi sebelum itu… terimalah..”, ashraff mencapai sejambak bunga ros putih dan merah yang di cantum dan di hiasi cantik daripa tepi sisi duduknya. Nur aini menengkup bibirnya yang sedikit terbuka dengan jemarinya yang halus. Matanya berkerdip beberapa kali. Dia merasa sungguh teruja dan amat bahagia sekali. Huluran romantic ashraff di sambut perlahan.
Jambatan bunga mawar putih dan merah itu di cium. Sungguh harum sekali.
“thanks abang.. im so happy.. I like it..”, tutur nur aini dengan di hiasi senyuman yang xpernah lekang dibibir. Dia merasakan seperti cinta berputik semakin mekar. Semekar ros putih dan merah yang menjadi kegemarannya. Sekeping kad yang terselit di buka dan di bacanya. “abang sayang nur… I love you sayang” walaupun pendek ucapannya namun cukup membuatkan hati nur aini berbunga2 cinta.dia mengeratkan genggaman tangan ashraff yang mencapai jari jemarinya. Menyerap sehingga sanubari!! Dia berasa cukup di sayangi.
“I love u too.. thanks abang.. cntik sangat bunga ni..”, ucap nur aini lagi smbil merenung dalam mata suaminya.
“welcome…ini untuk isteri abang yang amat abang cintai..”,balas ashraff lagi sambil menghulurkan pula sebuah kotak kecil yang berbentuk panjang lebih kurang dalam 13 inci berwarna merah terang.
“apa ni abang…”, dengan nada terkejut berbaur terharu.
“tengoklah..”, tutur ashraff penuh romantic sekali. Dia tersenyum menampakkan barisan giginya yang putih bersih.
“boleh nur buka?”, tanya nur aini pula.
“silakan sayang….”, ashraff membalas dengan senyuman. Perlahan2 nur aini membukanya. Seuntai gelang emas bersalutkan berlian putih bercahaya di sinari cahaya bawah lampu keperangan restoren itu.
“ya allah abang…. Cantiknya….”, hati nur aini berbunga, sanggup suaminya berhabis untuknya??? Bila masa plak laki aku ni pergi tempah semua ni? Apapun aku amat terharu di layan mesra begini. Walaupun abang suka mengusik aku dan seorang yang periang, nampaknya sikap romantiknya melebihi segalanya. Bisik nur aini.
“pakailah…, abang nak tengok sayang pakai...mesti gelang ni bertambah cantik bila berada di lengan sayang…”, nur aini tersenyum.pandai ashraff mengambil hatinya. Ashraff mengeluarkan gelang emas bersalut berlian itu daripada bekasnya, dia mencapai lembut tangan sebelah kanan isterinya dan di salutinya dengan gelang indah itu. Tepat sekali ukurannya. Amat sesuai dengan lengan gebu milik nur aini.
“abang… mesti mahal ni….nur… tak tahu nak cakap apa lagi…. Trima kasih..”, nur aini tidak mampu lagi mengeluarkan bicara,
“sayang…. Walau semahal mana pun pemberian abang pada sayang, masih tidak dapat lagi menandingi betapa mahalnya cinta sayang pada abang. dan cinta sayang pada abang.. abang mahukan yang terbaik daripada hubungan kita.. semoga ALLAH memelihara hubungan ini sehingga ke alam syurga.. terimalah pemberian abang ini sebagai satu sedekah dan tanda abang sayangkan sayang… I love u so much sayang…….”, nur aini tenggelam dalam kata2 romantik ashraff. Sungguh mesra sekali nada suaranya.
“I love u too…sayang amat terharu dengan abang.. sayang amat menghargai pemberian abang.. ini milik kita bersama abang..terima kasih… sayang terharu sangat..”, balas nur aini ringkas.. Matanya mula jernih. Dia menagiskan air mata gembira dengan wajahnya yang berseri2.
Mereka menikmati makan malam itu dengan tenang sekali. Aksi suap menyuap mengeratkan lagi kasih sayang mereka. Asyik benar melayani bahtera cinta. Huhuhu.
Seusai makan, pelayan restoren mengemaskan meja. Pencuci mulut pula di hidangkan. Nur aini sentiasa menghadiahi senyuman manis. Dia tersenyum lagi, sambil memandang perutnya yang Nampak sedikit berisi.
“abang………. Sayang nak bagitahu sesuatu…..”, bicara bermula selepas mereka selesai menjamu selera.
“ia sayang….silakan”, tutur ashraff sambil mengenggam jemari lembut isterinya.
“mmmm…. Jeng jeng jeng”, ashraff tergelak kecil dengan kenakalan isterinya. Terasa lucu dengan ayat isterinya.
“amboi saspennyer…cepatlah abang rasa tak sabar plak tiba2 nak dengan bibir manis isteri abang ni menutur celoteh.. abang rindu..”, balas ashraff melahirkan tawa kecil nur aini pula.
“bismillahirahmanirrahim….alhamdulillah….. abang bakal jadi ayah…. Sayang di sahkan hamil dua bulan……”, tenang sekali nur aini menyampaikan. Namun, bagi ashraff itu suatu berita yang amat mengembirakannya. Dia bakal menjadi ayah. Terbukti kelelakiannya. Dia teruja sekali
“apa sayang? Betul ni….Alhamdulillah…….!” Ashraff mengucapkan syukur…. Dia mengenggam erat jari jemari isterinya dan di kucup2 tanpa mempedulikan orang sekeliling yang tidak ramai sangat. Nur aini tersenyum besar melihat suaminya begitu seronok sekali.
Tanpa sedar ashraff bangun dari kerusi. Dia terloncat dan mengenggam tangannya sendiri.
“yahooooo!! “ soroknya. Nur aini menundukkan wajah dan menengkup bibirnya yang tersenyum. Terkejut juga dia dengan reaksi gembira suaminya.
“abang rasa abanglah paling bahagia hari ni.. ya allah… menyerap ke seluruh darah abang.. abang bakal jadi abi untuk anak kita nanti??? X percayanya… betul ni sayang??”,
“betul abang.. dan sayang bakal jadi ummi….”, nur aini juga tenggelam dengan kegembiraan ashraff mendengar berita indah itu.
“terima kasih sayang…. Sayang begitu membuat abang rasa gembira sangat malam ni… baby kita ini merupakan hadiah paling bermakna dalam hidup abang, ini hadiah yang tak dapat di beli dengan wang ringgit… ini bukti cinta kita.. ya allah aku bersyukur padamu!”, ashraff memeluk isterinya erat.. sambil memeluk bunga yang diberi ashraff dan di saluti seuntai gelang mewah di lenganya… nur aini di rangkul pinggangnya sampailah menuju ke kereta. Tidak jemu2 ashraff menghadiahkan ciuman cinta di pipi nur aini. Malam itu berlalu dengan indah sekali!





ASHRAFF mengamati wajah isterinya yang kini sudah sah kembali menjadi miliknya. Dia berasa amat bersyukur kepada ALLAH kerana telah mempermudahkan segala urusannya. Nyenyak sungguh nur aini lena sehinggakan tidak menyedari ashraff telah memasuki kamar tidur mereka.
 Ashraff membiarkan sahaja isterinya lena kerana memahami isterinya cukup penat, tambahan pula dia sedang berbadan dua. Perlahan-lahan ashraff menggenggam jemari isterinya dan dikucup berkali2 sambil berdoa “ YA allah… anugerahkanlah kepada kami agar isteri kami dan anak cucu kami menjadi penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang2 yang bertakwa”
Ashraf mengaminkan doanya dan mengusap wajah isterinya. Kelihatan perut isterinya semakin berisi. Dengan senyuman… dia mengusap perlahan kandungan itu. Wajah nur aini di amati lagi. Jelas terpancar seri wajah yang amat menarik hati lelakinya. Bibir mulus nur aini di usapnya. Pipi lembut isterinya di nikmati dengan lirikan matanya.
Ashraff terpandang beberapa helai kertas yang tersusun di atas meja lampu. Masih terdapat sebatang pen yang masih terbuka penutupnya. Perlahan-lahan dia mencapai kertas2 itu agar tidak mengejutkan nur aini daripada lenanya.
Tersenyum lebar ashraff apabila melihat gambar baby yang mungkin di lakar nur aini. Dia berasa geli hati dengan lukisan itu. Nakal sungguh isterinya.
ASHRAFF membelek pula helaian seterusnya.. tercoret beberapa kata2 yang menarik hatinya untuk mentelaah segala isinya. Dia mengamati tulisan. Sah itu milik hak asli tulisan iserinya ala2 doktor arab..hehehehe….
Sungguh…………
Tercabar benar mengharungi hidup ini…….
Di alam remaja, alam cinta dan alam pernikahan….
Bermacam2 ragam aku temui………..
Ashraff……….
Suamiku yang satu…..,,
Menjadi milikku kini…….
Merupakan juga amanah yang di kirimkan kepadaku…….
Abang……..
Sayang sering tertanya tanya…..
Kenapa perlu ada jurang antara kita……
Maafkan diri ini kerana banyak silap menyangka…….
Abangku sayang……
Ketahuilah.. cintaku, kasihku, ku serahkan kepadamu…
Sayang mengharapkan bahagia kita berdua…..
“si cerdik” ku kandungi ini…. Bukti cinta kita……
Abang….
Terima kasih menjaga sayang dan mengajar sayang erti hidup setiap masa..
Abang membuktikan cinta itu indah….
Gurauan dan usikan abang membungakan hati ini…..
Abang ketahuilah…. Sayang amat mencintaimu………..
Abangku sayang, I love u so muchhh….

Ashraf menamatkan bacaan coretan isterinya dengan senyuman. Dia mencium helaian kertas itu sambil mengamati lagi wajah isterinya. Helaian itu di lipat kemas. Dia ingin menyimpan kertas itu buat selama-lamanya selagi nyawa di kandung badan.
Hampir tergelak kecil pula dia apabila terpandang sekerat pantun yang mencuit hatinya..
Pecah kaca lastik burung gagak,
Lepas baca jagn gelak plak…
Isterimu tersayang..: nur ainiey…:)

Hahaha…………………………..

Nur aini terdengar hembusan lembut nafas suaminya. Dia tersedar dari lenanya. Dia juga hampir terlupa sejak bila dia terlena.  Ashraff tersenyum melihat kerdipan mata isterinya yang bergerak-gerak. Aiii!! Ada chance plak! Haha….

“abang……..bila abang balik..maaf, sayang tak perasan..”, suara nur aini amat lembut sekali. Terdegar serak-serak basah suara bangun dari tidur.

Ashraff merangkul tubuh isterinya. Dia meraih jemari nur aini lagi dan di kucupnya. Dahi isteri kesayangannya itu turut di kucup lembut.

“abang tengok sayang lena sangat, so, abang tak sampai hati nak kejutkan… so.. dah bangun ni……………..”, ashraff tergelak kecil sempat lagi mengusik.

“abang…. Boleh nur tanya…?”, soal nur aini pula. Ashraff meluaskan bentuk matanya.
“yer sayang….tanya jew... apapun,,abang sudi menjawab se jujurnya…”, lembut ashraff membalas.
“nur sayang abang sangat……………..”, nur aini mengucap. Ashrafff tercantum kedua keningnya.
“aik… tuw bukan tanya.. tuw ucap…”, ashraff mencuit hidung isterinya.
“hihihi… taklah saje…. Hehhe” giliran nur aini pula mengenakan suaminya.
“amboih…… sayang……”,
“yap… bos!”,
“hahahha…… abang…. Sayang…. Nur aini…. Abang sayang sayang……, I love u…”, ucapan romantic ashraff mrmbuatkan hati nur aini semakin terlonjak membunga.

“sayang jugak….. sayang mohd ashraff… ha’a…. baby ni….?”, nur aini mengusap kandungannya.
“yang ni pom abang sayang…..!” Ashraff manja sekali.

Genggaman jemari mereka bertaut. Ashraff  merapatkan wajahnya dengan wajah isterinya. Bibir mulus nur aini di usap2. Semakin rapat dan rapat. Ashraff mencapai lembut bibir lembut nur aini. Bibir mereka bertautan. Nur aini lemas dalam genggaman cinta suaminya.

“sayang………. Jom…”, renyet ashraff manja. Nakal juga nadanya.
“jom apa???” nakal pula nur aini menyoal..sengaja.. walaupun sudah cukup memahi maksud ashraff. Matanya menjeling manja.
“jom kita bertasbih…sayang…. Pakaianku adalah pakaianmu… diri ku adalah  untukmu…. Dan diri abang… semuanya untuk sayang…jommmmmmmmmmmmmm”

Lampu katil di padamkan. Malam itu begitu indah berlalu. Di hiasi usikan ashraff yang tidak pernah habis-habis. Renyetan manja nur aini menenggelamkan kesepian malam. Mereka sama-sama melayari bahtera cinta itu..  yang mana hanya mampu di nikmati dengan kebahagiaan dan nikmat kurniaan ALLAH taala!! Mereka selalu mengharapkan kebahagian ini dapat di kekalkan bersama doa-doa yang begitu indah untuk di lafazkan.!!


Sinaran hati muncul kembali,
Bersama cinta mekar di dinihari,
Semoga kasih kekal abadi,
Bahtera cinta nikmat tak terperi……



Sekian sudah…..
Selamat membaca dan trima kasih coz bace…..
Karya oleh : Mieyla Suhaimiey… : )                                   




No comments:

Post a Comment