Never Complete without U

Never Complete without U

Monday 21 March 2011

Annual Dinner VS Bola Sepak

Keliru...Keliru..Keliru..Hati kata Annual Dinner..Tangunggjawab dan amanah kata Bola..nak ikut yang mana satu nie..Tapi pilihan menunjukkan memang tak boleh ikuti Annual Dinner..huhuhuhu..Sdey kowt..dah la last sem dah nie..Lepas nie xdew dah laa..Aku harap majlis tu berjalan dengan lancar la...lagipon aku bukan orang penting sangat pon,,cuma asa rugi tak dapat bersama member2...Pastu ada satu slot untuk sahabat aku..yang telah kembali ke Rahmatullah pada 16 February...dah genap sebulan lebih dah dya tinggalkan kitaorang..Semoga Rohnya dicucuri rahmat dari Allah...Tahun nie annual dinner tanpa beliau..Yang pergi tetap pergi...kita mesti teruskan hidup kita...Majlis annual dinner nie berlangsung pada 25 mac,,kalau tak silap lah...kebetulan bertembung dengan perlawan bola sepak universiti Sultan Zainal Abidin...Kitaorang akan bertemu dengan kolej komuniti perak dekat Stadium mini Mpkk....Kalau nak mintak excuse kat coach xnak pergi ke perak..fuhh!! agak mustahil tuh..xpasal2 aku kena reject dari team football..:) xpew lah..aku harap member2 aku enjoy program tuh tanpa aku..huk3..aku yang x enjoy..mana aci.......Dengki tul aku..hehehehe..tapi yang aku x puas atinya..ada orang yang boleh pergi tapi xnak pergi..huhuhu..korang x asa rugi ke?? Bayaran mahal kew?? Nak murah2 bwat hotel sendiri laaa..eeee...geyam nieh,,geyam,,:) tapi biar la,,diorang x paham erti persahabatan kowt..maybe duit lagi penting...papeww jew lahh..asalkan bahagia...Doakan kejayaan Unisza yaa...:) aku kena berkorban demi menjaga nama U...Memang berat tul nak bwat keputusan...tapi erti persahabatan bukannya ada kat annual dinner je kan?? hehehehe..satu lagi,,rugi gak sebab x dapat bergambar ngan awek2 cun.,,hak3..guraww jaa..K lahh..Enjoy ur day,,Enjoy ur Annual dinner,,Enjoy ur meal..Enjoy ur memories without me..huhuhu..bye


Saturday 19 March 2011

BAgaimana Nak Diet yang sihat..

Banyak orang sekarang nie x jaga pemakanan diorang,,tu cepat tumbuh tu..tumbuh ke depan..baik laki or gez...So...KIta kena la jaga sket tubuh kita..Rasulullah pon jaga tubuh baginda..
Banyak cara sebenarnya,,cuma cara kita ja menentukan...satu lagi kena la Disiplin...Meh sini nak habaq benda yang betoi..Antara cara diet yang betul ialah :-
Yang pertama..kena laa senaman...nak harap dekat pil pelangsing,,jenuh laa..Senaman sekurang2nya memerlukan 10 minit tiga kali sehari untuk bersenam berbanding regim biasa senaman 30 minit. Ia boleh dilakukan di tempat kerja dan di rumah iaitu 10 minit sebelum pergi kerja, 10 minit ketika waktu rehat atau makan tengah hari dan 10 minit sebelum pulang ke rumah. Jika di rumah senaman berkenaan boleh dilakukan ketika anda menonton rancangan kegemaran di televisyen.

YAng kedua..kena rajin berjalan sket laa...kalau kat rumah,,kedai dekat2 tu..dalam 200 meter ke,,jalan sudah,,hehehehe,,betul nie..x tipu..cuba amalkan..kajian menunjukkan kita kena berjalan banyak laaa..

YAng ketiga,,kena jaga pemakanan...makan buah-buahan banyak...jangan pilih benda yang banyak minyak dan lemak..pastu kalau nak beli barang ke,,benda makan ke..tengok dulu kalori dya...kalau nak tahu..roti lagi banyak kalori dari sepinggan nasi..

Yang keempat,,Elakkan dari makan malam...sebelum pukul 8 tu kena makan dah..lepas pukul 8 jangan makan,,,sebab nanti lemak bermaharajalela..Malam tu kalau nak makan biskut pon okey jaa..kalau dah lapar sangat makan laa...nanti gastrik plak....

Yang kelima,,Banyakkan mengambil vitamin c...macam fresh oren kew,,okey jugak,,,Air asam salah satu petua zaman nenek moyang kita,,amalkan la..:)

Banyak agi nak tulis nie,,,nanti la saya sambung..hik3.

Thursday 17 March 2011

Jaga tepi kain orang....??

Ada orang kata aku suka jaga tepi kain orang..padahal aku tak pernah pon memburukkan nama dya...Walaupun aku tahu kekurangan dan kelemahan dya...Kata Imam Ghazali..janganlah kita mencari kekurangan seseorang..malah carilah keistimewaan dya dan ikutlah sebagai panduan..hmmm..tak terbayang laa..macam-macam betul mulut manusia nie..salah ke kalau kita ambil tahu tentang seseorang? Cuba bayang kalau parents kita bwat tak tahu je kat kita,,Rasanya jahanam kita..Sebab xdak tunjuk ajar dan teguran yang membina,,
Satu kesalahan menutup seribu kebaikan..Kalau nak tahu laa..Hati seorang lelaki lagi sensitif dari perempuan laa..Cumanya lelaki ni tak suka membebel ja..Sebab tu la talak tak ditaklifkan kepada orang perempuan,,kalau tidak,,aku rasa lelaki kat dunia nie abis kena cerai..:) kecian an..Tak pasal-pasal menduda,,Sekarang ni aku dah tak nak fikir pape lagi tentang tu..bwat serabut ja..Tapi an..berbaloi ke kalau aku tak bertindak pape sedangkan nama aku diburuk buruk kan...?? Hmm,,satu ja aku nak kata..JAngan Bermain dengan Api...Silap orang la dya cari pasal dengan aku...aku tak nak berdendam pape lah dengan dya..Sebab dendam nie akan mengurangkan pahala kita..xkan sebab dya pahala aku nak kurang an...Aku pon bukan laa baik sangat..kekadang lalai jugak...nama pun manusia..Tapi aku tak nafikan,,dya jugak ada bagi nasihat yang berguna untuk aku..terima kasih aku ucapkan...:) 
Ingat...!! Perempuan asal dari tulang rusuk lelaki,,,so,,bagi lelaki di luar sana..tugas kita ialah untuk meluruskan tulang itu...caranya secara perlahan lahan,,agar tidak patah tulang tu...kalau terlalu rush atau direct untuk meluruskan tulang tue..maka?? patah laaa..So..Berbakti la kita kepada mereka..:)
Salam......................

Wednesday 16 March 2011

Betul laa..masa nie memang ibarat emas laa..terlepas sedetik memang dah tak bley nak undur dah,,umur semakin meningkat..:) sedar-sedar dah 21 tahun..hak3..tuanyaaa..:) tingin nak jadik bebudak balik laa..sering dimanjakan..tapi time kena marah tu kalau bley nak skip jaa,,,:) ta best langsung..Tapi semua tu la yang membuat kita dewasa..Atleast marah tu marah yang merupakan satu tanda kasih sayang..Terima kasih bwat Abah n Mama..:) Macam2 dah aku lalui tanpa aku sedar yang masa kebelakangan ni banyak mengajar aku erti kehidupan...Masa bersama kengkawan laa masa paling best sekali..:) Macam2 ada...Banyak kenangan yang kami lalui..Banyak suka duka kami tempoh..Bley kew aku lupakan semua tu..?? tak mungkin aku lupakan...Terima kasih kepada sahabat2 yang sudi membimbing aku..sAMpai tahap aku xley nak gtaw mana satu sahabat baik..sebab semuanya baik2..,,Jalan kita masih panjang...Aku ingin selalu disamping di mereka..huhuhu..beratnya hati nak sampai masa tue nanti..cmnew eh nak hadapi...masa tu yang aku maksudkan ialah masa kita akan tamat belajar....huhuhu,,tataw laa..ta dapat bayang..kalau bley nak jew rakam semua yang kita lalui..bley kita tengok balik an..:) Aku doakan semoga sahabat aku berjaya....Nanti an..masa korang dah kaya..jangan lupa plak member2..hulur2 ar sket,,hehehe...k laa..
Salam Sahabat..Komen laa pape yang patot..

Monday 14 March 2011

fly to Kota Kinabalu

Pada 10/3/2011..Impianku untuk berada di awangan dah tercapai..:) dan ada misi yang penting untuk aku selesaikan,,Tanggungjawab yang agak besar telah diletakkan atas pasukan aku untuk menaikkan nama tempat aku belajar iaitu Universiti Sultan Zainal Abidin(UNiSZA).
Bertolaknya aku pada malam itu ke Lcct..mengambil masa selama 7 jam..Tiba di Lcct pada pukul 8.00 am.Check in..pastu pada jam 10 aku da naik kapal terbang,,Air Asia jew..every one can fly..haha,First time,,hahaha..perak laa seket..lebih kurang 2jam 30 mint laa aku dalam Flight,,boring nak mampus..nasib baik pramugari comey..hak3...Ayaq mineral sebotoi 3 inggit...hahaha..xtaw la nak bayang cmna...Sampai sana cuaca agak sejuk laa,,sebab hujan,,pastu digemparkan akan berlaku Tsunami..just amaran laa,,jangan dok tepi pantai...Tiba waktu game..hujan..padang mcam selut...lincin gilaa..tapi Alhamdulillah..kemenangan pertama liga IPt menentang kolej yayasan Sabah..result dya 4-0..banyak x?? hehehe..after game..kitorag siap2..pergi shopping laa,,,dekat pasar Philipin..dulu kat situ banyak oang orang Filipina,,tu yang pasar tu dipanggil pasar Philippin..xtaw la nak eja dya cmna,,hehehe..Papepon kenangan laaa..nak share ngan oang yang baca blog aku nieh..ada laa serba sket beli souvenior..tapi kat oang tertentu jeww laaaa..hik3...expecially my mom laa..nak  tahu apew souvenior tu? tanya my mom laa..hik3..okey..takat nie jew laa nak kongsi..daaa...

Friday 4 March 2011

Adakah wang segalanya..??



Ada apa dengan duit??? 
Perlu kew??? Duit boley bwat orang bahgia kew?? 
Memang idup aku x berduit sangat..tapi bley jew aku survive,,
Untung laa orang banyak duit,,boleh beli itu,,boleh beli ini..
Mcam-macam boleh beli..Lagi untung awek diorang laa..
Kalau pergi melancong kew..pergi mana-mana tempat peranginan kew..Perghh..xyah cakap laa..sebakul bawak balik kat kekasih diorang,,,,,JELEZnyerrr aku...huk3..Bahgia an orang ada duit nieh...:)
Kalau aku banyak duit an..kalau boleh nak ja aku belanja member aku tiap-tiap hari...mesti member aku bahgia an dapat kawan mcam aku...BANYAK DUIT an...:)
Bukan aku nak salahkan parents aku kerana aku tidak berduit..Dah ini rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah.
Aku terima seadanya..
TErdetik juga dalam hati...Dunia sekarang ni memang berputar-putar dengan duit,,Jika aku tidak berduit nanti...??adakah aku akan menjadi soerang pengemis jalanan?? Na`uzubillah..Jika aku tidak berduit mampukah aku memiliki hatinya lagi..mampukah aku menyara kehidupannya?? mampukah aku membeli apa yang diidamkannya...??  

Sekiranya aku seorang pengemis jalanan.....
Sekiranya bajuku tiada gantian...
Sekiranya aku miskin dan fakir..
Aku harap tidak pula aku miskin disisimu Ya Allah..
Biar aku miskin didunia..tidak sanggup ku fakir di akhirat kelak..
Dunia hanya sementara....akhirat kekal abadi......


 

Hargai air mata lelaki..





Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya 
dilukai. Untuk melihat lelaki menangis amatlah payah. Diantara tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah:

1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.
2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.
3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.
8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.
10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.
12. Dia akan menggelabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.
13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.
14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.
16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.
17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.
18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.
19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
20. Apabila timbul orang ketiga,dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 % mencintai kekasihnya.
23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan.

HARGAILAH MEREKA.

Tuesday 1 March 2011

Aku ingin berubah....


Dulu aku tak macam ni. Masih teringat waktu awal aku memasuki sekolah agama, ia adalah saat yang paling aku suka. Aku banyak belajar tentang agama, tentang kehidupan. Daripada tak tahu apa-apa, aku belajar banyak benda dalam kehidupan. Daripada tak tahu tentang agama, aku banyak belajar halal dan haram, baik dan buruk. Daripada aku tak rajin solat, aku biasakan diri dengan solat wajib dan sunat. Aku rindu saat aku di sekolah berasrama dulu.

Bila dah habis sekolah, aku masuk ke universiti. Aku mula lalai dengan kehidupan dunia. Aku mula berjinak-jinak dengan kehidupan sosial. Aku mula lupa tentang agama, lupa tentang halal dan haram. Faktor memilih kawan juga menjadi salah satu sebab aku hanyut dalam dunia dan lupa bersyukur atas nikmat yang Allah berikan. Tapi aku tak ada masalah dalam berkawan sama ada dia baik ke, jahat ke, cacat ke atau sempurna, aku tak memilih kawan langsung. Janji aku suka ada ramai kawan.

Aku ingin sedar. Aku ingin berubah. Ya, berubah kepada yang lebih baik. Aku rindu untuk menjadi seorang yang sentiasa ingat kepada yang maha pencipta. Aku harap niat aku ni Allah permudahkan dan usaha aku untuk menjadi seorang yang lebih baik akan diberkati dan ditolong Allah. Segalanya kena bermula dengan solat. Jika tak lengkap solat seseorang tu, tak teguhlah agama yang ada padanya

Kini kehidupan yang berbaki beberapa lama lagi akan aku gunakan sebaiknya. Aku tak mahu lupa kepadaNya lagi. Dia berikan rezeki setiap hari dan aku malu sebab guna rezeki dariNya tanpa sujud dan syukur kepadaNya. Dia berikan aku nafas dan nyawa untuk hidup di dunia menikmati segala yang terbentang dan melampaulah aku jika aku tak ingat langsung padaNya. Aku nak jadi lebih baik dan aku tak nak fikir banyak perkara pasal kehidupan lagi. Biar Allah tentukan dan aku kena usaha juga.
Kehidupan sebagai pelajar sekarang akan aku gunakan sebaiknya. Aku nak tamatkan pembelajaran aku dan bekerja mencari rezeki yang telah ditetapkan Allah untukku. Sebenarnya rezeki ni ada di mana-mana, hanya tinggal kita nak cari saja. Jika dah cari tapi tak jumpa, maka tunggulah sama ada ia cepat atau lambat datang. Jika di dunia tak ada rezeki kita, di akhirat Allah akan bagi. Doa juga penting untuk dapatkan rezeki.

Mengenai soal kahwin atau jodoh aku serahkan semua kepada Allah kerana Dia telah tetapkan seseorang untuk aku nanti. Aku yakin tulang rusuk kiri aku yang pernah hilang ini akan kembali kepadaku dengan izinNya. Semuanya telah dicatatkan di Luh Mahfuz dan aku hanya perlu redha siapakah wanita yang telah Allah tetapkan untuk aku hidup bersamanya. Jika aku baik, maka baiklah wanita itu dan jika aku jahat maka jahatlah wanita itu. Moga ada lagi nyawa untukku habiskan bersamanya kelak.

Siapa yang tidak mengharapkan wanita yang akan dinikahinya adalah sebaik-baik wanita. Orang jahat pun nak isterinya seorang yang baik akhlaknya, cantik rupanya dan sempurna orangnya. Tapi walau hartanya banyak, keturunannya bagus, wajahnya cantik, ia takkan sama dengan kesempurnaan agama yang dimiliki wanita itu. Maka pilihlah yang beragama, yang faham tentang agama, yang patuh dengan agama.

kepada sesiapa yang telah aku aniaya, yang telah aku sakitkan hatinya, yang telah aku ambil haknya, aku mohon maaf dan ampun atas segala yang terjadi. Harap korang maafkan aku. Jika ada apa-apa yang perlu dituntut, hubungi aku, akan aku berikan tuntutan itu. Aku telah maafkan semua orang semalam. Aku rasa tenang dan gembira.