Never Complete without U

Never Complete without U

Friday 4 March 2011

Adakah wang segalanya..??



Ada apa dengan duit??? 
Perlu kew??? Duit boley bwat orang bahgia kew?? 
Memang idup aku x berduit sangat..tapi bley jew aku survive,,
Untung laa orang banyak duit,,boleh beli itu,,boleh beli ini..
Mcam-macam boleh beli..Lagi untung awek diorang laa..
Kalau pergi melancong kew..pergi mana-mana tempat peranginan kew..Perghh..xyah cakap laa..sebakul bawak balik kat kekasih diorang,,,,,JELEZnyerrr aku...huk3..Bahgia an orang ada duit nieh...:)
Kalau aku banyak duit an..kalau boleh nak ja aku belanja member aku tiap-tiap hari...mesti member aku bahgia an dapat kawan mcam aku...BANYAK DUIT an...:)
Bukan aku nak salahkan parents aku kerana aku tidak berduit..Dah ini rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah.
Aku terima seadanya..
TErdetik juga dalam hati...Dunia sekarang ni memang berputar-putar dengan duit,,Jika aku tidak berduit nanti...??adakah aku akan menjadi soerang pengemis jalanan?? Na`uzubillah..Jika aku tidak berduit mampukah aku memiliki hatinya lagi..mampukah aku menyara kehidupannya?? mampukah aku membeli apa yang diidamkannya...??  

Sekiranya aku seorang pengemis jalanan.....
Sekiranya bajuku tiada gantian...
Sekiranya aku miskin dan fakir..
Aku harap tidak pula aku miskin disisimu Ya Allah..
Biar aku miskin didunia..tidak sanggup ku fakir di akhirat kelak..
Dunia hanya sementara....akhirat kekal abadi......


 

Hargai air mata lelaki..





Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya 
dilukai. Untuk melihat lelaki menangis amatlah payah. Diantara tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah:

1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.
2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.
3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.
8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.
10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.
12. Dia akan menggelabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.
13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.
14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.
16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.
17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.
18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.
19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
20. Apabila timbul orang ketiga,dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 % mencintai kekasihnya.
23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan.

HARGAILAH MEREKA.