Never Complete without U

Never Complete without U

Friday, 4 March 2011

Adakah wang segalanya..??



Ada apa dengan duit??? 
Perlu kew??? Duit boley bwat orang bahgia kew?? 
Memang idup aku x berduit sangat..tapi bley jew aku survive,,
Untung laa orang banyak duit,,boleh beli itu,,boleh beli ini..
Mcam-macam boleh beli..Lagi untung awek diorang laa..
Kalau pergi melancong kew..pergi mana-mana tempat peranginan kew..Perghh..xyah cakap laa..sebakul bawak balik kat kekasih diorang,,,,,JELEZnyerrr aku...huk3..Bahgia an orang ada duit nieh...:)
Kalau aku banyak duit an..kalau boleh nak ja aku belanja member aku tiap-tiap hari...mesti member aku bahgia an dapat kawan mcam aku...BANYAK DUIT an...:)
Bukan aku nak salahkan parents aku kerana aku tidak berduit..Dah ini rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah.
Aku terima seadanya..
TErdetik juga dalam hati...Dunia sekarang ni memang berputar-putar dengan duit,,Jika aku tidak berduit nanti...??adakah aku akan menjadi soerang pengemis jalanan?? Na`uzubillah..Jika aku tidak berduit mampukah aku memiliki hatinya lagi..mampukah aku menyara kehidupannya?? mampukah aku membeli apa yang diidamkannya...??  

Sekiranya aku seorang pengemis jalanan.....
Sekiranya bajuku tiada gantian...
Sekiranya aku miskin dan fakir..
Aku harap tidak pula aku miskin disisimu Ya Allah..
Biar aku miskin didunia..tidak sanggup ku fakir di akhirat kelak..
Dunia hanya sementara....akhirat kekal abadi......


 

Hargai air mata lelaki..





Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya 
dilukai. Untuk melihat lelaki menangis amatlah payah. Diantara tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah:

1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.
2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.
3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.
8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.
10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.
12. Dia akan menggelabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.
13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.
14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.
16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.
17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.
18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.
19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
20. Apabila timbul orang ketiga,dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 % mencintai kekasihnya.
23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan.

HARGAILAH MEREKA.

Tuesday, 1 March 2011

Aku ingin berubah....


Dulu aku tak macam ni. Masih teringat waktu awal aku memasuki sekolah agama, ia adalah saat yang paling aku suka. Aku banyak belajar tentang agama, tentang kehidupan. Daripada tak tahu apa-apa, aku belajar banyak benda dalam kehidupan. Daripada tak tahu tentang agama, aku banyak belajar halal dan haram, baik dan buruk. Daripada aku tak rajin solat, aku biasakan diri dengan solat wajib dan sunat. Aku rindu saat aku di sekolah berasrama dulu.

Bila dah habis sekolah, aku masuk ke universiti. Aku mula lalai dengan kehidupan dunia. Aku mula berjinak-jinak dengan kehidupan sosial. Aku mula lupa tentang agama, lupa tentang halal dan haram. Faktor memilih kawan juga menjadi salah satu sebab aku hanyut dalam dunia dan lupa bersyukur atas nikmat yang Allah berikan. Tapi aku tak ada masalah dalam berkawan sama ada dia baik ke, jahat ke, cacat ke atau sempurna, aku tak memilih kawan langsung. Janji aku suka ada ramai kawan.

Aku ingin sedar. Aku ingin berubah. Ya, berubah kepada yang lebih baik. Aku rindu untuk menjadi seorang yang sentiasa ingat kepada yang maha pencipta. Aku harap niat aku ni Allah permudahkan dan usaha aku untuk menjadi seorang yang lebih baik akan diberkati dan ditolong Allah. Segalanya kena bermula dengan solat. Jika tak lengkap solat seseorang tu, tak teguhlah agama yang ada padanya

Kini kehidupan yang berbaki beberapa lama lagi akan aku gunakan sebaiknya. Aku tak mahu lupa kepadaNya lagi. Dia berikan rezeki setiap hari dan aku malu sebab guna rezeki dariNya tanpa sujud dan syukur kepadaNya. Dia berikan aku nafas dan nyawa untuk hidup di dunia menikmati segala yang terbentang dan melampaulah aku jika aku tak ingat langsung padaNya. Aku nak jadi lebih baik dan aku tak nak fikir banyak perkara pasal kehidupan lagi. Biar Allah tentukan dan aku kena usaha juga.
Kehidupan sebagai pelajar sekarang akan aku gunakan sebaiknya. Aku nak tamatkan pembelajaran aku dan bekerja mencari rezeki yang telah ditetapkan Allah untukku. Sebenarnya rezeki ni ada di mana-mana, hanya tinggal kita nak cari saja. Jika dah cari tapi tak jumpa, maka tunggulah sama ada ia cepat atau lambat datang. Jika di dunia tak ada rezeki kita, di akhirat Allah akan bagi. Doa juga penting untuk dapatkan rezeki.

Mengenai soal kahwin atau jodoh aku serahkan semua kepada Allah kerana Dia telah tetapkan seseorang untuk aku nanti. Aku yakin tulang rusuk kiri aku yang pernah hilang ini akan kembali kepadaku dengan izinNya. Semuanya telah dicatatkan di Luh Mahfuz dan aku hanya perlu redha siapakah wanita yang telah Allah tetapkan untuk aku hidup bersamanya. Jika aku baik, maka baiklah wanita itu dan jika aku jahat maka jahatlah wanita itu. Moga ada lagi nyawa untukku habiskan bersamanya kelak.

Siapa yang tidak mengharapkan wanita yang akan dinikahinya adalah sebaik-baik wanita. Orang jahat pun nak isterinya seorang yang baik akhlaknya, cantik rupanya dan sempurna orangnya. Tapi walau hartanya banyak, keturunannya bagus, wajahnya cantik, ia takkan sama dengan kesempurnaan agama yang dimiliki wanita itu. Maka pilihlah yang beragama, yang faham tentang agama, yang patuh dengan agama.

kepada sesiapa yang telah aku aniaya, yang telah aku sakitkan hatinya, yang telah aku ambil haknya, aku mohon maaf dan ampun atas segala yang terjadi. Harap korang maafkan aku. Jika ada apa-apa yang perlu dituntut, hubungi aku, akan aku berikan tuntutan itu. Aku telah maafkan semua orang semalam. Aku rasa tenang dan gembira.

Wednesday, 23 February 2011

Cinta ini membunuhku


Berusahalah… untuk mengerti bahwa di dunia yang fana ini kita terlahir tak sempurna
Bahwa apa yang kita harap tak selalunya kita dapat, juga harus kau ingat
Kuatkanlah… dan mengerti bahwa hati yang hancur dapat pula menjadi kekuatan baru
Bahwa apa yang terlewati mampu berikan pengalaman berharga untuk esok hari
Lupakan aku… bukan kerana ku tak lagi mencintaimu dulu
Proses pendewasaan diri tak selamanya mengenakkan hati, susah untuk diungkap
Tataplah masa depan ! jangan jadikan kepergianku ini sebagai satu rintangan
Ketulusan… t’lah tiba waktunya juga berbicara tentang pengorbanan
Aku pergi mula hari ini bukan kerana tak lagi mencintai
Aku tersenyum saat bertemu bukan karna bahagia meninggalkanmu
Aku begini…menyakiti hati bukan juga ingin kau musuhi
Hatiku pun menangis…tak hanya jiwamu yang teriris
Semoga perpisahan ini hanya sesaat
Semoga engkau mampu menatap kuat
Semoga terjaga semua hasrat
Hingga tiba lagi waktunya Tuhan persatukan kita erat

Sunday, 20 February 2011

Hanya 1 harapan....

Hari itu..hari yang cukup bermakna bagiku...
Perkenalan ku dengan dya bermula dengan tidak sengaja..
Hanya ketenangan di fikiranku apabila melihat wajahnya..
Terdetik didalam hati "Ya Allah,indahnya ciptaan Mu ini"..
Dikala aku kesedihan,,,dya datang menjelma..
Melihat air wajahnya,kedamaian mula bersinar..
Setiap kali aku berdepan dengannya..,,Jantungku tidak berhenti berdegup..
Ya Allah,apakah ini,,adakah ini satu ujian bagiku,,
Aku tak pasti apa yang bermain difikirannya,,
Aku tak pasti..adakah hati ini mengatakan dia yang aku cari selama ini..
Ya Allah,,,jika dia benar untukku..dekatkan lah hatinya dengan hatiku..
Aku bukan berkuasa untuk memiliki hatinya..

Satu hari.,,,.si dia berpesan kepadaku..
Jangan terlalu kongkong hidupnya..
Dia meminta supayaku sporting..berfikiran terbuka..
Dia mintak supaya jyangan terlalu caring..
Aku bertanya..apa dimaksudkan jangan terlalu caring??
Dia membalas..tak nak terlalu manja..dan jangan selalu bertanya..
Nanti dya akan cepat menjadi rimas..
Di dalam hati kecilku..(InsyaAllah..aku akan lakukan selagi aku mampu untuk memiliki hatimu)
Hanya  harapan bermain dimindaku...
Satu hari nanti si dia akan berkata...
Awak..Tolong la kongkong hidup saya..Saya hanya ada awak disisi saya..
Hanya  harapan bermain dimindaku...
Satu hari nanti si dia akan berkata...
Awak..kenapa awak tak caring sangat nie??
Kenapa awak garang sangat..manja la sikit..:)
Awak..kenapa awak tak banyak bertanya ni? bosan la saya..

Hanya persoalan yang timbul..
Bolehkan aku tidak manja seperti yang dia hendaki??
Bolehkan aku tidak terlalu caring seperti yang dia mahukan??
Bolehkan aku tidak terlalu banyak soal kepada dia??

Ya Allah.,,.seandainya dialah permata yang ku cari..
Engkau lindungilah ia bagai duri yang sentiasa mengelilingi mawar..
Engkau lindungilah ia bagai permata di dalam cengkerang..
Engkau lindungilah ia bagai bintang yang tidak akan jatuh ke bumi..

:) signatured: Insan yang mencintaimu....



Friday, 18 February 2011

kita LaHir DenGan..


Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah.

Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan.

Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya diberi 1 buah mulut. Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya.

Kita lahir hanya dengan 1 hati jauh di dalam diri kita. Mengingatkan kita pada penghargaan dan pemberian cinta diharapkan berasal dari hati kita yang paling dalam. Belajar untuk mencintai dan menikmati betapa kita dicintai tapi jangan pernah mengharapkan orang lain untuk mencintai kita seperti kita mencintai dia.

Berilah cinta tanpa meminta balasan dan kita akan menemui cinta yang jauh lebih indah

Thursday, 17 February 2011

Kenangan Terindah...




Ingatlah sahabat… Bunga itu menguntum indah, Menyeri dan mekar memerah, Dipuji dengan berbagai-bagai madah, Esoknya bunga itu gugur ke tanah, Serpih demi serpih ia punah, Tanpa daun dan kelopaknya musnah. Sahabatku… Engkau bukan layu seperti bunga, Dan aku bukan kumbang yang akan mengambil madunya, Lambang bunga lambang sementara cuma, Tetapi perjuangan kita tiada penghujungnya....meskipun tanpamu disisi...insyallah..kami akan sedaya upaya berusaha dan bersungguh2 dalam mengejar impian yang kita janji akan bersama2 kecapi walau tanpamu disisi...engkaulah sahabat yang terbaik..yang pernah kami miliki...kenangan bersamamu akan kami kenang sampai bila2...